Today's entry might be fully in Malay and some in English!. And totally not related to Adobe photoshop or Adobe Illustrator just like the previous entry. It's about our daily life. So, here it is,
Eh, kenape tak reti nak start entry eh?. Dah banyak kali dah padam ayat yang aku tulis sejak dari tadi. And now mungkin dah boleh start dah kot sebab dah ada ayat pemangkin. Semakin lama, semakin kita membesar dan banyak kita dah faham tentang erti kehidupan. Dulu-dulu time kita tak matured lagi, macam-macam perkara yang kita dah buat. Kadang-kadang perkara yang kita buat tu menyakitkan hati orang lain walaupun kita rasa tak pun. Dan boleh Slumber je buat perkara tu walaupun ianya sebenarnya salah.
Bagi aku lah, SPM leaver. Pastu tak dapat pulak keputusan SPM yang aku harapkan memang totally down. Dan sangat-sangat down. Memang masa aku amik keputusan SPM tu just senyum je sebab Alhamdulillah semuanya credit. Tapi, disebalik tu memang terselit rasa hampa sangat-sangat. Sape kate aku tak menangis?. Sape kate aku tak murung sampai 2 hari sampai parents aku risau. Dan sape kate bila dgr orang dapat result tinggi memang tak rase ape-ape ah?. Seriously, aku rase semua orang pun macam tu kot bila kita tak dapat apa yang kita harapkan.
Tapi, satu je, jangan mudah putus asa dan jangan terus down. Dan aku pun dah downkn diri aku selama 2 hari. Dan hari selepasnya aku cuba untuk bangkit dan suruh jugak hati aku untuk terima apa jua keputusan. Mungkin inilah rezeki yang Allah S.W.T dah tentukan buat kita. Dan yang penting kita harus terima. Jangan sesekali anggap yang kita tak boleh berjaya kalau SPM kita tak sebaik mungkin. Ada saja orang dekat luar sana yang mungkin SPM dia dalam 3A je tapi boleh berjaya sampai gaji pun ribu-ribu dan kerja bagus-bagus.
Mungkin aku rasa aku tak dapat apa yang aku harapkan tu sebab mungkin aku dah buat salah kat orang. Adelah kekurangan kat mana-mana. Jujur aku katakan, aku dulu anggap nak berjaya dapat straight A's sebab mungkin nak fame kot. Nak rasa WOW! bila orang pandang kita dapat straight A's. Mungkin tu kot. Mungkin aku tak buat semua tu sepenuhnya kerana Allah S.W.T . Ah, Sungguh lemah hamba-Mu ini ya Allah. Ampuni dosaku Ya Allah. Aku dah cuai, aku dah kalah dengan keduniaan.
Aku akan cuba perbaiki diri aku sebaik mungkin. Apa yang aku selalu tanam " Allah takkan uji hambanya dengan ujian yang kita tak boleh nak hadapi ". dan jugak " Mungkin ini bukan rezeki untuk kita berjaya, Allah dah tetapkan rezeki kita macam mana jadi kita kena terima seadanya " dan juga " jangan putus doa dengan Allah sebab dengan cara itulah kita akan jadi lebih dekat dengan Allah S.W.T dan juga akan buatkan kita jadi lebih kuat untuk hadapi apa-apa ".
Jadi, buat kawan-kawan serta diri aku sendiri, ingatlah jangan mudah berputus asa. Kalau kita tak dapat apa yang kita nak mungkin ada hikmah disebaliknya. Mungkin akan muncul pelangi yang lebih cantik pada masa hadapan nanti. Dan jangan lupa berdoa. Adalah rezeki kita kat mana-mana nanti untuk sambung belajar. Jangan risau. Chaiyo'. :)
Till then,
Terima kasih
2 comments:
DOn't be sad dear. Allah knows the best for you. Mungkin kita tak dapat apa yang kita nak sekarang, tapi kita dapat apa yang kita betul-betul perlu untuk dapatkan apa yang kita nak. (asal cam keling je ayat aku. hehe).
Btw, kdg2 semua ni buat kita lagi kuat dan berjaga-jaga untuk masa yg akan datang. Kita akan sentiasa aware sebab kita tahu mcm mana rasanya sakit. bila kita dah rasa pedih sekali, percaya lah kita akan cuba sedaya upaya untuk elakkan benda yg sama berulang.
I know you can shine at Matrix. Just put the best effort that you can there, insyaAllah Allah will repay your earnestness.
Akak tak masuk Matrix, tapi percayalah budak2 matrix ada peluang yang lebih cerah compared to Asasi whatsoever.
ps : at least Sue credit semua. I got D for my Addmath. Terbaek kan? HAHA.
Tq kak minn, for the advice. Really appreciate that. Sebab advice kat min membuatkan su hampir nak nangis dan buat su feel better. Dan sangat setuju dengan apa yang kak min tlis. :)
InsyaAllah, i'll do the best. Dan sedaya upaya takkan cuba ulangi balik kepedihan yang telah dialami. Akan cuba sedaya upaya untuk capai apa yang diidamkan selama ini. Dan yang penting akan buat segalanya dengan niat kerana Allah S.W.T.
Tq.Tq.Tq. :)
Post a Comment