Thursday, April 7, 2011

Aku cemburu!

Assalamualaikum. *Bagi salam lebih afdal apabila memulakan entry, riyt?*


Cemburu.cemburu.cemburu. Bukan cemburu sebab cinta tau. Jangan salah anggap tau. Saya tak berada di fasa in a relationship. Saya tak mahu berada di fasa itu lagi sebab sekarang nie terlalu banyak komitmen yang perlu ditumpukan. Sebenarnya saya ni seorang yang sangat cemburu bila tengok orang berjaya. buruk tak perangai tu?. Saya rasa tak sebab semua orang pun akan cemburu bila melihat orang lain berjaya. Sebab semua ini hanya akan menyebabkan kita untuk lebih gigih berusaha supaya masa depan kita juga cerah seperti mereka semua. Saya dapat result SPM yang suam-suam kuku lagilah saya cemburu kepada mereka yang dapat result straight A's tu. Mungkin bukan rezeki saya untuk dapat straight A's tu pada masa ini. Saya just tanam dalam diri saya yang disebalik segalanya terhadap hikmah disebaliknya. Siapa yang tak sedih bila kita dapat result yang tak seperti diharapkan. Dan memang kita mula-mula akan rasa loser dan menangis serta malu nak berdepan semua orang yang asyik bertanyakan tentang result kita kan?.


Memang bila kita tengok orang lain lepas SPM ada yang dapat scholarship untuk further study dekat luar negara. Sebab mereka diberi peluang berdasarkan kelayakan mereka dan itulah rezeki yang Allah S.W.T dah tetapkan untuk mereka. Hidup kita ni haruslah berpegang pada Qada' dan Qadar-Nya. Kita harus percaya disebalik apa yang terjadi ada hikmah disebaliknya. Adalah rezeki kita kat mana-mana nanti. Mungkin bukan masa ini untuk kita further study dekat luar negara, mungkin pada suatu masa nanti rezeki kita kan?. Kita harus ingat semua tu. Jangan terus down bila kita tak dapat apa yang kita harapkan. Kita kena kuat dan bangkit untuk tebus semua kesilapan itu. Jangan sesekali kita ulangi kesilapan yang sama sebab kalau kita tak belajar dari kesilapan kita akan tetap mengulangi perkara yang sama sampai bila-bila. Jangan biarkan kita dah jadi LOSER  dan tetap jadi LOSER sekali lagi. Sebab semua tu hanya merugikan masa dan tenaga kita sahaja.


"Let bygone be bygone". eh betul ke?. Biarkan apa yang lepas tu lepas dan ambil pengajaran daripada nya. Sape kate tak cemburu kan tengok kejayaan orang lain. Tapi jangan la sampai stabbed orang yang berjaya tu. Macam selalu dalam drama-drama yang selalu kita tengok. Orang miskin nak rampas harta orang kaya. JANGAN! JANGAN!  tu tak sihat namenye. Compete-lah dengan cara yang sihat. Kadang-kadang rasa macam tahape-hape je kan bila tengok drama yang mengarut-mengarut macam mana orang miskin nak merampas harta orang kaya. Mesti dia akan buat tukar anak atau seksa orang kaya tu. Tapi yang pelik sebab orang kaya tu macam lemah. Kita jangan jadi macam orang yang lemah untuk fight balik. Kita kena bangun dan pertahankan hak kita sebab kalau kita jadi lemah kita akan mudah ditindas. Jadi, ape-ape pun kita kena bangkit dan tebus kesilapan yang kita dah buat dulu. Jangan biarkan air mata kesedihan mengalir buat kali kedua biar air mata kegembiraan sebab kita berjaya yang mengalir. *korang, ade can saya jadi kaunselor tak?*

Terima kasih

2 comments:

Yasmin Khairani said...

takpe, gagal sekali bkn b'maksud gagal selamanya. Nway, matrik is the best choice. laluan pun senang.

ps : su ni nak buat medic ke nak buat architecture? ritu kate nak jadi arkitek kan? konpius I. @.@ hehe..

LoveLy day :) said...

iyep. betul. akan cuba yang terbaik lepas ini. oo.

ps :su nak ambik medic la pulak. tak jadi architecture sebab fizik dpt tak best. heee :)