Thursday, February 2, 2012

it's hard to say.

Assalamualaikum dan selamat petang semua!.

Hari ni baru sahaja habis last paper untuk UPS. Dan tak tahu macam mana jawab tadi tah, jawab je. Dan petang ni memang dah niat untuk betulkan analysis yang my groupmate buat for the second analysis. And the third analysis was quite problematic sebab orang dia tak bagi lagi analysis tu. Ok, fine masa cuti haritu which is last week dah mintak and tak siap lagi. Ok, fine, I still can accept it. But today bila tanya balik still the same reason. Which make me upset yang mana our final draft kene submit next week but still x siap lg untuk dicompilekan nanti. I didn't know what to to. Bila text, then boleh pulak cakap "jangan kecoh-kecoh"?. Heh, sape nak kecoh-kecoh, org just tanya. Sometimes ada benda yang bila kita nak benda tu urgent please buat betul-betul. Benda ni bukan untuk main-main. Was I regret for giving him the third analysis to be analysed?. Tak tahu nak cakap apa. Kenapa boleh buat lekk je tentang benda macam ni dan kata tertinggal semua maklumat dekat bilik walaupun sepatutnya dulu kata dah buat semua dan just tinggal nak type. Kenape perlu maklumat-maklumat tu semua bila dah siap?. yang mana just type sahaja?. I'm quite curious actually.

Memang tak patut untuk tulis semua benda ni dalam blog, tapi, tak tahu nak cakap dekat siapa dah so cuma tinggal blog saja lah. Kenapa saya yang risau lebih pasal benda ni. Memang betul susah untuk buat kerja dalam group, tapi please cooperate dan buat kerja dengan betul. This is marks! bukan buat bodoh-bodoh macam tu sahaja. Kalau macam ni saya pun nak buat bodoh jugak pasal benda ni boleh tak?. Ok lah, tak perlu cakap pasal benda ni lagi. Tak nak lebih-lebih nanti ada orang cakap kecoh-kecoh pulak pasal benda kecik macam ni. Ok lah, nak continue with the analysis. Chill suraiya! chill! :)

Saturday, January 14, 2012

dilemma

Assalamualaikum,,

Selamat pagi, tak tahu kenapa harini rasa nak online pagi-pagi, rase janggal kot, sebab homework semua tak siap lagi, study pun tak lagi. Aa, baru sahaja tadi dengar pasal ceramah IPTA, dan terasa sangat dilemma untuk pilih jurusan apa yang nak ambik lepas ni. Serious. Serious nak ambik medik or dentistry, tapi, tak tahu diri ni layak ke tidak untuk dapat. Dan pemilihan tu pun dia tanya result spm sekali. Dah la result SPM tak berapa nak tinggi. Serious dilemma. Rasa sangat sedih.

So, kawan-kawan, kalau nak pilih jurusan, pilih betul-betul tau. Buat pilihan untuk apa yang kita mampu. Ok, nak nangis sekarang . T_T.

Tata!

Saturday, December 31, 2011

happy new year peeps!, (almost)

Assalamualaikum and a very good morning of 00.46 on saturday 31st december 2011.

Happy new year guys!, walaupun tak lagi pukul 00.00 on 1st January 2012. Memang rasa masa berlalu sangat cepat. Alaa. next year dah 19 years old. Tahun last untuk ada belas-belas dekat umur. Tapi, sekarang ni yang paling penting kepala rasa memang tengah berpusing-pusing. Nak kate mengantuk tak pulak. Mane taknye dah doskan diri dengan se-tin Nescafe ais, terus hilang mengantuk. Semuanya gara-gara nak siapkan kerja untuk pogram khidmat masyrakat yang praktikum kitorang kene handle di bawah JAPPIM. Alhamdulillah, semuanya selesai just tinggal untuk persiapan tempat sahaja in which kitorang akan buat pada hari esok. Masuk semester 2 memang awal-awal ni rasa sangat sibuk dengan assignment nya, dinamika nya dan macam-macam lagi. InsyaAllah bila dah nak akhir-akhir semester nanti mungkin dah rasa ringan sikit. Tak lama lagi nak Ujian Pertengahan Semester 2 pulak. Sekejap sangat masa berlalu. Tinggal berapa minggu sahaja lagi, dan preparation tak start lagi. Dan kitorang semua tak boleh nak balik bermalam, sedih sangat. Memang duduk dalam kolej sajalah lepas ni. sabar je lah.

Inilah keburukan institusi-institusi pengajian yang ada asrama penuh, menjauhkan anak-anak dari keluarga. Serious, walaupun baru je balik minggu lepas tapi, sekarang ni dah rindu nak balik rumah. Seronoknye dapat jumpa parents balik. Aa, nak jumpa si budak bulu, Hoy yang berwarna kelabu, rindunya kat kucing tu. Kucing yang digunakan untuk lepas geram sebab budak bulu tu sangat comels. Haha. Entahlah kenapa rasa macam nak tengok drama korea la pulak, takpe2, sabar lepas matrik marathon tengok cerita korea. Nampak niat dah tak elok. huhu. Bila hitung-hitung, semester 2 dah tak lama je nak habis. Semoga dapat habiskan program matrikulasi yang penuh cabaran ini dengan jayanya, InsyaAllah.

Memandang nak tahun baru, memang banyak benda yang kita kena hijarahkan diri kita. Walaupun sepatutnya kita dah buat masa maal hijrah tu dulu. sepatutnya. Apa-apa pun semoga kita semua menjadi lebih baik daripada dulu. Cuba tetapkan azam baru, bagi yang azam tahun ni ada yang tak dapat nak tunaikan cuba tunaikan pada tahun depan pulak ya. Hurmm, azam untuk dapat 4 flat pada tahun ni dah tak lepas, tapi apa-apa pun akan cuba yang terbaik, cuba untuk dapatkan 4 flat pada sem 2 ni, InsyaAllah, akan cuba yang terbaik, akan cuba untuk dapat result yang the best, nanti dapat apply untuk biasiswa, InsyaAllah. Apa-apapun bergantung kepada rezeki, Allah dah tetapkan yang terbaik buat diri kita, itu yang paling penting.

Memanglah bila rasa-rasa dan fikir-fikir, banyak persoalan yang ada dekat minda ni, kadang-kadang tertanya kenapalah dapat matrik dekat Johor ni, dengan peraturan yang rasa macam sekolah, tak boleh balik rumahnya dan memang ramai students kat sini yang merungut kot sebab memang bulan January kitorang tak boleh balik kecuali pada cuti mid-sem yang tarikhnya pada hujung bulan Januari, serious tak sanggup rasa nak duduk. Tapi bila fikir2 balik, semua ni ada hikmah disebaliknya. Memang susah kita nak terima benda yang bukan kita nak, tapi, bila kita start to accept InsyaAllah semuanya akan dipermudahkan. Walaupun sekarang ni rasa macam nak letupkan je kmj tapi, fikir-fikir balik, adalah kemanisan disebaliknya yang akan kita dapat nanti, mungkin cepat dan lambat je. Jadi, yang paling penting sekarang, kita kena think positive, memang sedih, tak dapat jumpa parents dengan adik-beradik kita, sedih, dan sedih sangat. Tapi tak pe, it's okay, biar kita sedih sekarang jangan sedih nanti. Sabar suraiya.

Rasa macam dah banyak melalut je, masa untuk tidur, esok ada rehearseal, kene bangun awal!. Night people!

Sunday, November 27, 2011

difficult!

Assalamualaikum,,

hai,hai korang semua. Minggu ni dapat balik ke rumah walaupun baru je minggu lepas habis cuti sem. Serious, tak nak duduk KMJ. dan bila orang tanya nak datang sana tak?. Serious kata tak nak. Bukan tak suka KMJ sebab environment dia, walaupun in part of the reasons la, tapi, environment kat sana kira bolehlaa. Tapi, memang serious kot rasa tak nak balik sana. Dan hati ni meronta-ronta sangat untuk nak bulan 4 tahun depan. Next week result dah nak dapat dah. Dan serious rasa takut! I'm hoping for the best result. InsyaAllah. Amin!. Kalau korang tanye semua orang budak-budak KMJ majoriti kata tak nak balik sana. Huhu. Pandai sungguh buat andaian sendiri, ntah-ntah sorang je yang tak nak balik KMJ. kuikuikui.


Lecturer kat sana serious ok, tapi ada la golongan minoriti lecturer yang tak berapa nak ok. Dan serious mula sem baru ni kena endure dan sabar dengan beberapa lecturer yang berada dalam golongan minoriti itu. Sebab tu jugak kot rasa macam tak nak balik sana. Baru je seminggu start sem 2 tapi rasa macam dah tak larat nak teruskan hidup dekat sana. Cuma sekarang ni bila dah balik sana semula pada esok hari, berharap agar kesabaran diri untuk menghadapi dugaan tu bertambah. Dan hope yang semua ni tak affect pelajaran, no stress!. Really hope that. Sekarang cuma perlu berdoa yang semua akan berjalan lancar dan tabah menghadapi dugaan!. Tabah Suraiya!. ok gotta go!, nak lunch!