*credit to incik google. google je.mudah dan pantas!:P
Assalamualaikum (tak jawab dose :P)
wow! banyaknye la blackhead berkerumun atas hidung aku nie. Berape banyak kali dah blackhead nie beranak atas hidung aku. Chait!. *ape yang aku mengarut nie?. Tak larat dah den nak menyapu peel off mask sebab nak biar blackhead nie tercabut. Tak ler cabut-cabut jugak. Ape patut aku buat? . Tarah hidung? oi! takdok ler den nok buat. Sabar je la dan berusaha untuk menghilangkannya kan.
Ok-ok, back to the topic. Actually title tu mengarut jer. Tapi adela kaitan jugak dengan ape yang aku nak tulis nie. Aku chat-chat dengan kawan aku time sekolah dekat FB, Pizah. Kitorang mengimbas balik time sekolah-sekolah dulu. uuu. Banyak kenangan. Sebabnye bosan-tahap-rasa-nak-lari-keliling-padang-lima-hari-lima-malam je rase. *kejap-kejap,,nak cabut mask yang menarik blackhead kejap. oh! damn, banyak lagi blackhead,, grrr.. Blackhead nie mengganggu konsentrasi aku untuk menulis entry sungguh!. Back to the topic, siape pernah duduk asrama?. Aku pernah, aku pernah walaupun duduk selama 3 hari secara terpaksa sebab ade kem dekat sekolah. Aha, sekolah aku ade asrama tapi pelajar half duduk asrama dan half duduk luar. Aku adalah seorang pelajar yang tidak tinggal di asrama.
Duduk asrama 3 hari dah rasa seksa dulu masa ade kem sebab pelajar-pelajar dari USM datang ke sekolah untuk memberi motivasi kepada pelajar yang akan menghadapi peperiksaan SPM dan STPM. Tapi, nasib baik masa tu dah nak dekat peperiksaan pertengahan tahun. kih kih kih. Jadi, kami semua diberi masa prep pada waktu malam. Tapi, bukan prep sungguh-sungguh banyak cakap-cakap je. Biasela duduk asrama tiga hari pun waktu prep tu adalah waktu yang paling best untuk berkongsi isu semasa dengan rakan-rakan. Bagila 10 jam waktu prep pun, pastinye lah 30% akan diisi dengan sebaik-baiknya untuk megulangkaji pelajaran dan 70% tuh biasenye berkongsi masalah negara.
Tapi, aku dulu baik tau, duduk asrama malam tue mengajar diorang subjek sejarah. Banyak air liur aku habis nak bagi penerangan subjek sejarah kat diorang. Tapi, best tau dapat ajar diorang sesuatu. Paling best kalau ade orang tanye banyak soalan kat kite means diorang jadikan kita tempat rujukan sesuatu masalah dalam pelajaran. Kalau dapat selesaikan masalah diorang lagi la best. Kalau tak dapat pergh! rase sedih yang teramat sangat. Pastu mula risau, sebab banyak lagi tak ulangkaji sebab takut tak dapat jawab SPM nanti. Tapi, Alhamdulillah SPM hari tu aku dipermudahkan untuk jawab. Tapi, resultnye ntah, tak tahu tak boleh nak cakap macam mana, ok ke tak semua itu bergantung kepada rezeki. Aku cume berserah sahaja nanti bila nak ambik result nanti.
Dekat sekolah dulu aku banyak cakap tahu. Paling aku suke kenekan kawan aku dengan buat lawak dengan diorang. Paling best dapat buat kawan-kawan aku ketawa. Giler suke rasa. Tapi, tu la kadang-kadang bila dalam satu perbicangan tu ade ape yang kita tak boleh terima mesti rasa nak bantah. kih kih kih. Sebabnye aku nie memang selfish sikit kat sekolah nak orang ikut ape yang aku fikir je. buruk betul perangai. Tapi, aku biasenya mengalah ajelah means aku terima je walau benda tu aku tak setuju. Taknak lah bangkang-bangkang dah la aku nie cepat marah. buruk kan perangai aku. HAHA. Aku suke cakap dalam hati jer kalau tak puas hati. Takpun balik rumah cakap depan cermin sambil ketuk-ketuk sebab tak puas hati. HAHA. Kalau aku ade adik sah, memang budak tu jadi mangsa aku. Jadi akak yang kejam!. Tapi, nasib baik aku takde adik. Kira selamat satu nyawa dari menjadi mangsa penderaan. :P
Ingat lagi dulu budak-budak lelaki yang duduk baris depan kitorang selalu kene dera ngn budak perempuan baris belakang dorang la. Mesti la aku dengan lagi 2 orang kawan aku novia dengan tikah. *haraf maaf, gambar mereka tidak dapat diletakkan sebab USB kt lp aku rosak.uwaa. Siape suruh diorang ngejek-ngejek buat benda tahape-hape dekat kitorang. Kan dah dapat balasan.HAHA. Tapi, kalau time addmath la diorang boleh jadi baik sikit sebab biasenye baris kitorang selalunya akan discuss dengan baris budak lelaki tu atau dengan Meera yang duduk belakang kitorang. Oh! rindunya nak belajar addmath balik sambil bincang ramai-ramai dengan tanya cikgu addmath kitorang, Cikgu Nasir. Tapi, memang kenangan time form 5 la yang paling banyak sebab macam-macam benda berlaku masa form 5 tue. Ada pengalaman yang menyerabutkan dan ada jugak yang seronok. Dan itu semua hanyalah tinggal sebagai kenangan dan tak boleh untuk merasainya kembali. Tapi, sungguh la lepas SPM nie giler tahap kebosanan tu memang tinggi. Sebab sebelum SPM rasa gembira gila nak habis SPM sebab tak belajar sekejap. Tapi, rupa-rupanya masa zaman sekolah adalah masa yang sangat bernilai dan sangat indah.
p/s : aku rindukan sekolah! hei budak-budak nilam 2 meh pakat ramai-ramai serbu sekolah!
p/s : hari ini punya entry merapu banyak! teehee :D
2 comments:
yezz....indah sgt..aq xkn lpe tu....
betul.sangat indah dan tidak ternilai.
Post a Comment