Friday, January 7, 2011

sekadar saja-saja


*okeh! selamat membaca kawan-kawan!
ape tah motif letak bende nie, mungkin sebagai semangat untuk korang teruskan membaca entry aku yang agak ke-boring-an ini.

Baru je sekejap aku edit-edit list blog yang aku follow. Rupe-rupenye agak banyak blog yang aku follow sejak dari dulu sebelum aku mula berkecimpung balik dalam dunia blogging nie yang dah tak ada. *nie nak rasa kecewa nie. Rupa-rupanya aku follow blog hantu! bolehla dikatakan blog hantu sebab blog tu tak bertuan dah. Sebab tuan dia dah tak sayang kat dia sebab tu tuan dia tinggalkan dia. *eceh,macam aku tak pernah buat je dulu. dulu aku menjadi membuang blok aku jugak.gaye macam kes buang bayi je. opss! *tipu la tue. :D


Naa,, actually entry kali nie nak cakap sikit pasal pemakaian tudung zaman sekarang. kenape?. Sebab aku telah terbaca satu blog yang mengulas mengenai trend pemakaian tudung zaman sekarang. Kita boleh lihat bermacam-macam jenis cara pemakaian tudung marcapada ini. Dan kadang-kadang trend pemakaian tudung yang berfashion nie terlampau cepat dijadikan ikutan. Alangkah aku sendiri pun kadang-kadang terfikir macam mana cara pemakaian tudung nie. Mungkin sebab tangan aku tak kreatif kot. Aku juga tak reti ingin melawa. Tangan tiada seni la katekan. Korang nak suruh aku melukis aku boleh, tapi kalau suruh pakai tudung yang berfesyen aku surrender dulu! Teehee.


Kalau pakai tudung nie, jangan la bagi aku pakai shawl memang sungguh aku tak reti nak-nak tang nak menge-pin time last touch up tu. Ape yang aku pakai selama nie hanyalah tudung bawal je. Tapi aku kire penah la pakai shawl itupun mak aku yang jadi mak andam aku. kih kih kih. Sungguh dan sejujurnya aku memang tak reti nak melawa. Ape yang aku pakai hanyalah sekadar baju T-shirt yang longgar serta seluar yang longgar sahaja. *tapi aku lagi selesa pakai track suit. kih kih kih :D . Kire tragik tak gaye pemakaian baju aku?. Aku tak kisah orang nak kate aku pakai macam ape. Asalkan aku selesa itu sudah cukup. Aku tak suka memakai pakaian yang ketat sebab aku rasa tak selesa dan agak malu bila berhadapan dengan orang ramai.


Mesti ada yang akan kata aku selekeh. but, aku tak kesah dan aku suka cara pemakaian aku. Bagi aku sudah cukup sekadar baju T-shirt yang longgar serta seluar yang longgar juga dan haruslah memakai tudung. Tapi bab pemakaian tudung aku memang agak spoilt jugak la sebab aku suka just selempang jerp. Teehee. Aku rasa masa ini bukan lagi masa untuk aku berfashion atau melaram. Sebab aku hanyalah budak belasan tahun yang tengah tunggu result SPM.Just cukup untuk aku rasa selesa dan ringkas dengan cara pemakaian aku. Mungkin aku boleh kate dalam kawan-kawan aku, akuah budak yang agak simple dalam pemakaian. Kalau nak kire dalam 1 tahun tu berapa kali aje aku akan lilit-lilit tudung aku. Dan aku akan teruskan cara pemakaian aku sampai bila-bila dan haruslah kemas!


Pembaca blog sekalian, especially gurls, korang pernah terfikir tak nak pakai tudung macam Yuna ke atau siapa-siapa sahajalah yang famous yang membawa influence besar dalam cara pemakaian tudung pada zaman ini?. sile angkat tangan! :D . Bagi akulah, memang sangat lah pernah, nak-nak kalau pakai tudung tue ada sepit-sepit ribbon. mestilah nampak comel. Lilit-lilit. Nampak orang tu pandai bergaya. Tapi, malangnya kadang-kadang kita sendiri pakai tudung pun tak ikut specs yang ditetapkan dalam Islam. Aku juga seperti itu, pakai tudung tak ikut spec yang seharusnya. Takpe-takpe,aku akan cuba perbaiki lagi.


Dan ada jugak lah, pernah aku tengok dekat facebook yang ade orang komen pasal perempuan yang pakai shawl nie. Dan pengomennya mestilah dari kaum adam,,teehee. Ada yang kata tak suka tengok perempuan pakai shawl sebab tak menutup aurat dengan sepenuhnya. Mula-mula baca tu agak terpempan jugak lah, sebab masa itu aku mula untuk memakai shawl. Tapi, takpe take it easy, dan pandang ke sudut yang positif. Dan sejak daripada itulah tangan aku dah mula tak reti nak memakai shawl nie. It happen naturally, aku sendiri pun pelik dan sampai sekarang aku tak reti nak pakai shawl. Sebabnya kalau aku rase ape yang aku pakai itu boleh membawa kepada fashion yang pelik pada aku, memang surelah aku akan terus tak ikut fashion macam tue. Kalau bab-bab baju, aku mane suke pakai blouse serta berkasut yang comel!,, Aku hanya pakai sandal dan selipar dan snickers kalau memang perlu pakai. Giler la lagi tragik.


Korang mesti kenal Fatin Liyana atau Cik Epal yang comel kan?. *bukan bodek ye. sebab itulah kebenarannya! :D . Gaya fashion diorang memang lain dari yang lain. Means, diorang berani untuk tampilkan fashion mengikut citarasa sendiri. Walaupun kadang-kadang aku rase fashion diorang agak tak boleh diterima oleh akal aku. Tapi, diorang berani dan hasilnya memang ok dan itulah menunjukkan diorang memang mempunyai seni untuk berfashion. Tidak seperti aku yang buta fashion. kih kih kih. Aku pulak sorang-sorang daughter yang ada dalam family, lagilah jadi lagi buta fashion. Tapi, takpe sebab sebarang benda yang membuatkan aku rasa serabut dan makan masa yang banyak aku sangat tidak suka. Itulah cara hidup aku. Kalau boleh aku nak bersiap dalam masa 1 minit je. Teehee.

p/s : Jika ade yang terasa. Maaf!

p/s : entry ini sekadar saja-saja.

p/s : peace! no war! :)

p/s : Hayami mokomichi comel! *ape motif? haha





3 comments:

zinnia zaza said...

su ttp comey wlaupun simple...

suraiya =] said...

kih kih kih,, sangat hiperbola tue,, haha

Zawifatul Aziah said...

hi sue..suka entry psl shawl tu..ada isi yg menarik..anyway nice to meet u..salam ziarah dari azie suhaimi :)