Wednesday, January 26, 2011

hai, hari ini saya merapu,


O hai!,,

Ape korang rase kalau bende yang korang rasa ade pastu takde pulak??. Geram?.Marah?.Nak Melompat?.Rase Nak terju sungai?. Rase nak makan maggi?. Rase nak makan McD?. *kenape masuk makanan pulak nie? -_-' * .


HAHA,, saya syok sendiri rupenye?,, ingat ke dah download dah GIMP aritue lepas format lptp nie. Bila check balik,, eh takde?. Sah, la syok sendiri. Sebabnye rasa macam tue,, sebab rase macam nak buat header baru. Yang dah ada agak tak berapa menarik dan nampak macam tak up-to-date je. Sebelum nie header tu buat pakai photoshop je. Tapi, dah format, malas la pulak nak ambik balik file yang di-backup kat dalam komputer satu lagi. Kat situ ade buat backup photoshop dan segala bagai tok nenek cerita yang dah saya download.


Header saya nampak tak menarik sebabnye,, baru berjinak-jinak nak belajar guna photoshop. Lepas je buat semangat nak letak header tu dekat blog. Ala,, budak-budak baru dapat belajar sesuatu yang baru biase la kan? semua nak tunjuk hasil yang konon cantik dan kreatif dia kat orang. *ok, nak muntah hijau sekejap * .. Hee.. Eh, rase lapar la pulak!. ok,, nak pergi minum air mineral!

Baibai! :)


p/s : gambar tu credit to google!

Monday, January 24, 2011

fakta : sesuatu yang penting mengenai soya,,

Soya kebiasaanya akan diproses untuk dijadikan tempe, miso, nato serta dijadikan susu, susu Soya juga dianggap sebagai salah satu alternatif bagi mereka yang mempunyai alahan terhadap susu lembu atau sebarang susu yang datangnya daripada haiwan. Hal ini kerana soya adalah datangnya daripada tumbuh-tumbuhan. Yang mana kita ketahui kebiasaannya sebarang bahan yang datangnya daripada tumbuhan tidak merbahayakan kepada penggunanya. Seperti yang kita tahu, kadang-kadang ada orang yang sangat allergic terhadap makanan laut seperti udang dan sotong. Dan sudah pasti mereka akan mengambil alternatif lain seperti daging dan ikan. Hal ini sama juga terhadap mereka yang allergic kepada susu daripada haiwan.

Soya dikatakan sangat berkhasiat dan mempunyai nutrien yang tinggi serta diyakini mampu memutihkan kulit bagi sesiapa yang menggunakannya. Berikut adalah perkara yang diyakini merupakan sebagai satu khasiat soya :

-Sebagai sumber lecitin dan Vitamin E
-Kurang casein
-Selamat untuk orang yang ade milk allergy dan lactose intolerance
-Mengandungi kurang lemak daripada susu lembu
-Ada isoflavones, suatu bahan kimia organic yang possibly sangat mendatangkan faedah kepada kesihatan.

Sebagaimana yang kita ketahui soya kebiasaanya ditanam secara globally di negara seperti Amerika Syarikat dan ini merupakan satu sumber ekonomi mereka yang terbesar dan utama. Mungkin kita boleh agak, jika tanaman soya ini musnah atau diserang wabak kemungkinan ekonomi mereka akan merudum. Ramai mungkin tidak tahu, fakta yang sebenar mengenai soya yang digembar-gemburkan oleh ramai saintis di Amerika Syarikat sebenarnya tidak benar sama sekali. Mereka mengatakan bahawa isoflavones yang terdapat dalam soya sangat baik untuk preventkan kanser. Walhal, perkara yang sebernarnya adalah sebaliknya. Mungkin, ramai tidak tahu, mereka hanya tahu isoflavones yang terdapat dalam susu soya sangat baik. Isoflavones, terutamanya genistein dan daizdein iaitu estorgen-like substance yang mana mempunyai fungsi yang sama efeknya seperti estorgen. Apabila kita consume terlampau banyak soya, badan kita akan menjadi estrogenik yang menyebabkan kepada berbagai kesan seperti terjadinya kanser, mood swings, pertambahan lemak dibahagian pinggang, pinggul dan paha, fibrocyst breast disease dan uterine fibroids.


Namun, Soya juga dikatakan sebagai penyebab Alzheimer. Dan juga banyak lagi health disease, korang boleh tgk kat sini dan juga sini . Mula-mula saya jugak agak tak percaya, bila dah baca semua-semua benda nie tak sangka yang ianya benar. Berdasarkan apa yang telah saya baca dekat satu laman web tapi saya tak jumpa laman web tu dah, puas saya cari, dekat Amerika sekarang ni diorang ade dua puak saintis yang pro dan anti mengenai soya. Means, yang anti tu diorang dah kaji tentang soya dan jumpa tentang keburukan soya nie. FDA juga bagitahu yang soya ini sangat baik, walaupun banyak pihak telah menentang namun, mestilah pihak yang lebih berkuasa akan menang berbanding dengan saintis-saintiskan. Laman web tu jugak sekarang nie tengah nak sampaikan mesej yang mengenai soya ni dan banyak dah keluar perkara yang sebenar mengenai soya nie kalau kita google. Dan juga saya pernah sekali baca satu artikel mengenai misi Vatican, memang diorang ada cakap yang soya tu memang tidak baik untuk kesihatan kerana boleh menyebabkan kurang kesuburan kepada lelaki dan perempuan. Tapi, mereka inginkan perkara tersebut tidak digembar-gemburkan kerana itu sebagai salah satu cara mereka ingin memusnahkan umat islam di dunia. Seperti juga Maggi yang mempunyai banyak MSG yang diyakini mampu menyebabkan masalah kesihatan.


Disini saya ambik dari satu laman web mengenai kesan-kesan pengambilan soya selepas dibuat kajian mengenainya, iaitu lamanweb ini,


- Menambahkan risiko kanser payudara dalam kalangan wanita, kerosakan otak samada kepada lelaki atau wanita dan ketidaknormalan kepada bayi.
-Membawa kepada thyroid disorder terumtamanya dalam kalangan wanita.
-Menyebabkan terjadinya masalah batu karang.
-Melemahkan sistem imun badan.
-Menyebabkan potetionally food allergies yang boleh membawa kepada kematian.
-Soy juga mempunyai:
=Phytoestrogen iaitu isoflavones :genistein dan daidzein, yang mana memblock hormon estrogen
=Phytates, yang mana menyekat pengambilan mineral oleh badan.
=Enzyme inhibitor yang mana menyusahkan pencernaan protein
=Haemoglutin, yang menyebabkan sel darah merah bercantum bersama dan menghalang pengambilan oksigen dan pertumbuhan.

Sebaiknya, jika anda semua inginkan kepastian mengenai apa yang telah saya terangkan tadi, bolehlah buat rujukan sendiri samada google atau menggunakan berbagai-bagai media lain. Apa yang saya terangkan disini memang tidak berapa lengkap. Jadi, kalau kita ingin tahu perkara yang sebenarnya tidak salahkan luangkan masa sedikit untuk carikan kepastiannya?.

Lots of love from me,
:)


p/s : saya bukanlah seorang pakar mahupun doktor mahupun saintis mahupun nutritionist.
pp/s : saya cuma menyampaikan dalam bentuk yang saya fahami.
ppp/s : sila maafkan saya jika ada kesilapan. Sila tegur juka saya tersalah faham. :)

Friday, January 21, 2011

salmon,

Pada tengahari Jumaat iaitu pada pukul 12.30 tengahari, sebuah keluarga yang berkapasiti 4 + (seorang yang tiada ) orang sedang duduk makan tengahari di dapur rumah mereka dengan gumbira.

Menu pada hari tersebut ialah :
-sup sayur
-ikan siakap steam masak (ape ntah?)

Ayah : ikan siakap ni sedap, isi dia putih sama macam ikan.. ikan..
Si anak perempuan : *berkata dalam hati,, salmon,, salmon,,..
Ibu : macam ikan ape??
*si anak masih berkata salmon,, salmon dalam hati
Ayah : Isi dia putih sama macam salmon
Si anak perempuan : *tiba-tiba ketawa kuat seorang diri*
Ayah,Ibu, dan abangnye semua pandang pelik dekat si anak perempuan itu.
Si Anak perempuan : Kan betul! ,, dah agak dah ayah mesti nak cakap macam ikan salmon nyee. *dengan muka tak bersalah sebab tiba-tiba kacau orang nak makan dengan ketawa seorang diri*

Oh! ok,, cerita tak lawak,, :)

p/s : rekaan semata-mata..
pp/s : apesal ayat mcm pelik die punya perbedaharaan kata??

Wednesday, January 19, 2011

statik

Today, saya pegi ujian teori undang-undang jalan raya dekat Kuantan,, dan Alhamdulillah saya lulus tak perlu-perlu repeat-repeat banyak kali dah. At first, nak masuk bilik nak ambil ujian tu memang rasa terketar-ketar sangat dan telapak tangan saya memang dah berpeluh-peluh gila dah. Tapi, tarik nafas dalam-dalam lepas tu rasa macam dah cool down sikit. Mula-mula masuk tu, eh dia suruh tulis no kad pengenalan, rasa macam ye ke nie?, pastu dia suruh pilih macam status kita la either orang Awam Malaysia atau polis ke penduduk tetap. Mula-mula, terletak cursor tu dekat penduduk tetap, tapi, terfikir yang saya bukan penduduk tetap tapi warganegara Malaysia lepas tu nampak lah Orang Awam Malaysia. Then, ooo.. saya pun click la dekat Orang Awam Malaysia,,

Mula-mula ujian buta warna dengan dengan ujian apa tah panggil yang indentify no-no plet kenderaan yang dia bagi. Lepas nak masuk yang masa 50 soalan tu yang rase ketorr sikit. Saya habis jawab soalan tu dalam masa 12 minit berapa saat tah. Pastu tengok keputusan yang dia tulis markah lulus 42/50,, la,, takkan 42 je,, time tu rasa macam down sangat bila dapat tahu yang 42 je,, memang tak perasan lansung dia ada tulis markah sebenar dekat atas tue. Bila dah dapat slip keputusan tue,, Alhamdulillah bukan 42 cukup-cukup lulus tue tapi boleh agak-agak lebih daripada 42 tue. Bersyukur sangat. Dan adalah saing-saing saya yang tak lulus sebab dia tak baca buku pergi jawab ujian teori undang-undang jalan raya,, tapi, dia buat ulangan pada hari yang sama jugak. Hope so, dia lulusla!. Dan tak tahu la pulak keputusan dia lepas jawab ujian ulangan tue sebab saya dah pergi balik dulu dengan parents saya untuk pergi jalan,,tapi...

Tak berapa nak dapat jalan-jalan sebab ibu saya ada urusan la pulak jadi kena balik awal. Walaubagaimanapun, saya dapat jugak ajak ibu saya pergi kedai buku untuk beli buku novel english sebab saya memang dah gile-giler bosan asyik bace buku same je. Dapatlah rembat satu "New Moon",, bile dah nampak buku twilight saga sampailah ke "Breaking Dawn",, teruja giler. Memang dah tengok movie die sampai Eclipse, tapi nak tahu macam mana jalan cerite yang lebih detail dari novel die. Stakat nie baru baca bab 1 dan memang rasa tak sabar nak habiskan supaya dapat beli Eclipse pulak dan Breaking Dawn. Ingat nak beli pride and prejudice by Jane Austen td tapi,, takperlah lain kali. Terpaksa menahan nafsu bile tengok buku yang banyak!. Korang pulak macam mane?,, teruja tak bile tengok buku cerita yang banyak depan mata, mesti rasa nak beli semua buku tu,, dah la cover-cover die warne hitam,, lagilah saya suke,, hehe :D


p/s : dah tak rasa sakit dah bile tekan string guitar,, sebab parts jari yang dekat dengan kuku tuh dah jadi macam keras. Jadi, saya rasa happy sebab jari saya dah tak macam cramp bile lepas menekan-nekan string guitar tue! ngee :p

Tuesday, January 18, 2011

Maaf!

Maaf, saya tak dapat nak update blog sebab TAKDE IDEA dan TAKDE APE YANG MENARIK untuk ditulis dan TAKDE BENDA YANG MENARIK BERLAKU DALAM KEHIDUPAN SAYA pada waktu ini,, jadi tak tahu nak tulis ape. teehee :D ,, saya akan kembali menulis dalam waktu terdekat.


p/s : esok pergi ujian statik! doakan saya dapat 50/50 tau,, ;D

Thursday, January 13, 2011

MY AYAH BAGI PERMISSION UNTUK SAYA BER-GUITAR! TEEHEE :D


p/s :cleaning guitar! :)

Wednesday, January 12, 2011

wah, best!.

Assalamualaikum!

Apesal tajuk entry aku macam orang-baru-lepas-jumpe-makanan-lepas-tujuh-hari-tujuh-malam-tak-makan??.. *sambil kunyah-kunyah burger yang abang aku masak.. Nak? boleh bla, masak sendiri la! *nyum,,nyum,,nyum. kunyah lagi!


Takde la,,takde la,, actually aku bukan nak cerita pasal makanan ke resepi ke,, tapi aku nak bagitahu yang ade cerita best untuk korang tengok, especially budak-budak lepas spm macam aku yang tengah mati kutu sampai kutu kat badan kucing tu mati dulu korang tak hilang-hilang lagi mati kutu tue.. oh! hiperbolanye,, :D ,,


Naa,, cerite nie,, ZETTAI KARESHI atau dalam bahasa inggerisnye ABSOLUTE BOYFRIEND. Mula-mula aku download cerita nie macam tak yakin jugak la either cerite nie best ke tak,, tak menyesal aku download cerite nie sebab jalan cerita die pun best dan diselitkan dengan unsur-unsur lawak. APe yang dimaksudkan pasal absolute boyfriend sebenarnya macam spesifikasi bf yang kite nak. Sebab dalam cerita nie satu syarikat, Kronos Heaven yang mengeluarkan satu product iaitu robot lover. Means, robot nie telah disetkan mengikut macam yang seorang perempuan tu nak that's why la robot tu adalah sebagai absolute boyfriend. Dan, robot nie memang sungguh-sungguh macam orang betul *sbb mmg org betul,dalam dunia realiti..teehee.
Dah la pandai masak,, macam-macam means kire perfect la robot tu. Dan lastly, robot nie dah ada perasaan macam manusia sebenar. Sorry, aku tak pandai nak describe sungguh-sungguh cerita nie macam mane. So, kalau nak tahu sile tengok.


Korang nak tahu sape jadi robot, Hayami mokomichi!. Memang sungguh menjadi robot la die berlakon ngan lawak giler. Dan, totally tinggi lampai macam galah panjang. Tapi, bagi sape yang suke cerita sedih, boleh lah tengok tapi, bab-bab sedih nie ada kat episode yang last-last, skalau nak ketawa, haa,, dari mula sampai la habis. Okey, korang boleh download cerita nie kat sini . Jadi, selamat menonton!

p/s : ost die pun best,,
okaeri, i'm home.. bla..bla..bla..
p/s : nak bace buku laa

Sunday, January 9, 2011

takde tajuk. random punye cerita

*credit to incik google. google je.mudah dan pantas!:P

Assalamualaikum (tak jawab dose :P)

wow! banyaknye la blackhead berkerumun atas hidung aku nie. Berape banyak kali dah blackhead nie beranak atas hidung aku. Chait!. *ape yang aku mengarut nie?. Tak larat dah den nak menyapu peel off mask sebab nak biar blackhead nie tercabut. Tak ler cabut-cabut jugak. Ape patut aku buat? . Tarah hidung? oi! takdok ler den nok buat. Sabar je la dan berusaha untuk menghilangkannya kan.


Ok-ok, back to the topic. Actually title tu mengarut jer. Tapi adela kaitan jugak dengan ape yang aku nak tulis nie. Aku chat-chat dengan kawan aku time sekolah dekat FB, Pizah. Kitorang mengimbas balik time sekolah-sekolah dulu. uuu. Banyak kenangan. Sebabnye bosan-tahap-rasa-nak-lari-keliling-padang-lima-hari-lima-malam je rase. *kejap-kejap,,nak cabut mask yang menarik blackhead kejap. oh! damn, banyak lagi blackhead,, grrr.. Blackhead nie mengganggu konsentrasi aku untuk menulis entry sungguh!. Back to the topic, siape pernah duduk asrama?. Aku pernah, aku pernah walaupun duduk selama 3 hari secara terpaksa sebab ade kem dekat sekolah. Aha, sekolah aku ade asrama tapi pelajar half duduk asrama dan half duduk luar. Aku adalah seorang pelajar yang tidak tinggal di asrama.


Duduk asrama 3 hari dah rasa seksa dulu masa ade kem sebab pelajar-pelajar dari USM datang ke sekolah untuk memberi motivasi kepada pelajar yang akan menghadapi peperiksaan SPM dan STPM. Tapi, nasib baik masa tu dah nak dekat peperiksaan pertengahan tahun. kih kih kih. Jadi, kami semua diberi masa prep pada waktu malam. Tapi, bukan prep sungguh-sungguh banyak cakap-cakap je. Biasela duduk asrama tiga hari pun waktu prep tu adalah waktu yang paling best untuk berkongsi isu semasa dengan rakan-rakan. Bagila 10 jam waktu prep pun, pastinye lah 30% akan diisi dengan sebaik-baiknya untuk megulangkaji pelajaran dan 70% tuh biasenye berkongsi masalah negara.


Tapi, aku dulu baik tau, duduk asrama malam tue mengajar diorang subjek sejarah. Banyak air liur aku habis nak bagi penerangan subjek sejarah kat diorang. Tapi, best tau dapat ajar diorang sesuatu. Paling best kalau ade orang tanye banyak soalan kat kite means diorang jadikan kita tempat rujukan sesuatu masalah dalam pelajaran. Kalau dapat selesaikan masalah diorang lagi la best. Kalau tak dapat pergh! rase sedih yang teramat sangat. Pastu mula risau, sebab banyak lagi tak ulangkaji sebab takut tak dapat jawab SPM nanti. Tapi, Alhamdulillah SPM hari tu aku dipermudahkan untuk jawab. Tapi, resultnye ntah, tak tahu tak boleh nak cakap macam mana, ok ke tak semua itu bergantung kepada rezeki. Aku cume berserah sahaja nanti bila nak ambik result nanti.


Dekat sekolah dulu aku banyak cakap tahu. Paling aku suke kenekan kawan aku dengan buat lawak dengan diorang. Paling best dapat buat kawan-kawan aku ketawa. Giler suke rasa. Tapi, tu la kadang-kadang bila dalam satu perbicangan tu ade ape yang kita tak boleh terima mesti rasa nak bantah. kih kih kih. Sebabnye aku nie memang selfish sikit kat sekolah nak orang ikut ape yang aku fikir je. buruk betul perangai. Tapi, aku biasenya mengalah ajelah means aku terima je walau benda tu aku tak setuju. Taknak lah bangkang-bangkang dah la aku nie cepat marah. buruk kan perangai aku. HAHA. Aku suke cakap dalam hati jer kalau tak puas hati. Takpun balik rumah cakap depan cermin sambil ketuk-ketuk sebab tak puas hati. HAHA. Kalau aku ade adik sah, memang budak tu jadi mangsa aku. Jadi akak yang kejam!. Tapi, nasib baik aku takde adik. Kira selamat satu nyawa dari menjadi mangsa penderaan. :P


Ingat lagi dulu budak-budak lelaki yang duduk baris depan kitorang selalu kene dera ngn budak perempuan baris belakang dorang la. Mesti la aku dengan lagi 2 orang kawan aku novia dengan tikah. *haraf maaf, gambar mereka tidak dapat diletakkan sebab USB kt lp aku rosak.uwaa. Siape suruh diorang ngejek-ngejek buat benda tahape-hape dekat kitorang. Kan dah dapat balasan.HAHA. Tapi, kalau time addmath la diorang boleh jadi baik sikit sebab biasenye baris kitorang selalunya akan discuss dengan baris budak lelaki tu atau dengan Meera yang duduk belakang kitorang. Oh! rindunya nak belajar addmath balik sambil bincang ramai-ramai dengan tanya cikgu addmath kitorang, Cikgu Nasir. Tapi, memang kenangan time form 5 la yang paling banyak sebab macam-macam benda berlaku masa form 5 tue. Ada pengalaman yang menyerabutkan dan ada jugak yang seronok. Dan itu semua hanyalah tinggal sebagai kenangan dan tak boleh untuk merasainya kembali. Tapi, sungguh la lepas SPM nie giler tahap kebosanan tu memang tinggi. Sebab sebelum SPM rasa gembira gila nak habis SPM sebab tak belajar sekejap. Tapi, rupa-rupanya masa zaman sekolah adalah masa yang sangat bernilai dan sangat indah.


p/s : aku rindukan sekolah! hei budak-budak nilam 2 meh pakat ramai-ramai serbu sekolah!

p/s : hari ini punya entry merapu banyak! teehee :D

Friday, January 7, 2011

sekadar saja-saja


*okeh! selamat membaca kawan-kawan!
ape tah motif letak bende nie, mungkin sebagai semangat untuk korang teruskan membaca entry aku yang agak ke-boring-an ini.

Baru je sekejap aku edit-edit list blog yang aku follow. Rupe-rupenye agak banyak blog yang aku follow sejak dari dulu sebelum aku mula berkecimpung balik dalam dunia blogging nie yang dah tak ada. *nie nak rasa kecewa nie. Rupa-rupanya aku follow blog hantu! bolehla dikatakan blog hantu sebab blog tu tak bertuan dah. Sebab tuan dia dah tak sayang kat dia sebab tu tuan dia tinggalkan dia. *eceh,macam aku tak pernah buat je dulu. dulu aku menjadi membuang blok aku jugak.gaye macam kes buang bayi je. opss! *tipu la tue. :D


Naa,, actually entry kali nie nak cakap sikit pasal pemakaian tudung zaman sekarang. kenape?. Sebab aku telah terbaca satu blog yang mengulas mengenai trend pemakaian tudung zaman sekarang. Kita boleh lihat bermacam-macam jenis cara pemakaian tudung marcapada ini. Dan kadang-kadang trend pemakaian tudung yang berfashion nie terlampau cepat dijadikan ikutan. Alangkah aku sendiri pun kadang-kadang terfikir macam mana cara pemakaian tudung nie. Mungkin sebab tangan aku tak kreatif kot. Aku juga tak reti ingin melawa. Tangan tiada seni la katekan. Korang nak suruh aku melukis aku boleh, tapi kalau suruh pakai tudung yang berfesyen aku surrender dulu! Teehee.


Kalau pakai tudung nie, jangan la bagi aku pakai shawl memang sungguh aku tak reti nak-nak tang nak menge-pin time last touch up tu. Ape yang aku pakai selama nie hanyalah tudung bawal je. Tapi aku kire penah la pakai shawl itupun mak aku yang jadi mak andam aku. kih kih kih. Sungguh dan sejujurnya aku memang tak reti nak melawa. Ape yang aku pakai hanyalah sekadar baju T-shirt yang longgar serta seluar yang longgar sahaja. *tapi aku lagi selesa pakai track suit. kih kih kih :D . Kire tragik tak gaye pemakaian baju aku?. Aku tak kisah orang nak kate aku pakai macam ape. Asalkan aku selesa itu sudah cukup. Aku tak suka memakai pakaian yang ketat sebab aku rasa tak selesa dan agak malu bila berhadapan dengan orang ramai.


Mesti ada yang akan kata aku selekeh. but, aku tak kesah dan aku suka cara pemakaian aku. Bagi aku sudah cukup sekadar baju T-shirt yang longgar serta seluar yang longgar juga dan haruslah memakai tudung. Tapi bab pemakaian tudung aku memang agak spoilt jugak la sebab aku suka just selempang jerp. Teehee. Aku rasa masa ini bukan lagi masa untuk aku berfashion atau melaram. Sebab aku hanyalah budak belasan tahun yang tengah tunggu result SPM.Just cukup untuk aku rasa selesa dan ringkas dengan cara pemakaian aku. Mungkin aku boleh kate dalam kawan-kawan aku, akuah budak yang agak simple dalam pemakaian. Kalau nak kire dalam 1 tahun tu berapa kali aje aku akan lilit-lilit tudung aku. Dan aku akan teruskan cara pemakaian aku sampai bila-bila dan haruslah kemas!


Pembaca blog sekalian, especially gurls, korang pernah terfikir tak nak pakai tudung macam Yuna ke atau siapa-siapa sahajalah yang famous yang membawa influence besar dalam cara pemakaian tudung pada zaman ini?. sile angkat tangan! :D . Bagi akulah, memang sangat lah pernah, nak-nak kalau pakai tudung tue ada sepit-sepit ribbon. mestilah nampak comel. Lilit-lilit. Nampak orang tu pandai bergaya. Tapi, malangnya kadang-kadang kita sendiri pakai tudung pun tak ikut specs yang ditetapkan dalam Islam. Aku juga seperti itu, pakai tudung tak ikut spec yang seharusnya. Takpe-takpe,aku akan cuba perbaiki lagi.


Dan ada jugak lah, pernah aku tengok dekat facebook yang ade orang komen pasal perempuan yang pakai shawl nie. Dan pengomennya mestilah dari kaum adam,,teehee. Ada yang kata tak suka tengok perempuan pakai shawl sebab tak menutup aurat dengan sepenuhnya. Mula-mula baca tu agak terpempan jugak lah, sebab masa itu aku mula untuk memakai shawl. Tapi, takpe take it easy, dan pandang ke sudut yang positif. Dan sejak daripada itulah tangan aku dah mula tak reti nak memakai shawl nie. It happen naturally, aku sendiri pun pelik dan sampai sekarang aku tak reti nak pakai shawl. Sebabnya kalau aku rase ape yang aku pakai itu boleh membawa kepada fashion yang pelik pada aku, memang surelah aku akan terus tak ikut fashion macam tue. Kalau bab-bab baju, aku mane suke pakai blouse serta berkasut yang comel!,, Aku hanya pakai sandal dan selipar dan snickers kalau memang perlu pakai. Giler la lagi tragik.


Korang mesti kenal Fatin Liyana atau Cik Epal yang comel kan?. *bukan bodek ye. sebab itulah kebenarannya! :D . Gaya fashion diorang memang lain dari yang lain. Means, diorang berani untuk tampilkan fashion mengikut citarasa sendiri. Walaupun kadang-kadang aku rase fashion diorang agak tak boleh diterima oleh akal aku. Tapi, diorang berani dan hasilnya memang ok dan itulah menunjukkan diorang memang mempunyai seni untuk berfashion. Tidak seperti aku yang buta fashion. kih kih kih. Aku pulak sorang-sorang daughter yang ada dalam family, lagilah jadi lagi buta fashion. Tapi, takpe sebab sebarang benda yang membuatkan aku rasa serabut dan makan masa yang banyak aku sangat tidak suka. Itulah cara hidup aku. Kalau boleh aku nak bersiap dalam masa 1 minit je. Teehee.

p/s : Jika ade yang terasa. Maaf!

p/s : entry ini sekadar saja-saja.

p/s : peace! no war! :)

p/s : Hayami mokomichi comel! *ape motif? haha





Tuesday, January 4, 2011

dot dot dot!

*Saye telah membuatnya menggunakan adobe,, haha :D
mungkin terlambat tapi,, takpe kan?

Sile maafkan saye,,entry kali ini agak panjang sikit :)

Assalamualaikum!,, *sile senyum sambil jawab salam baru jadi comel :D,,

It's 2011 guys!,, Eceh,, skrang nie dah 4 Januari 2011 dah,, aku baru nak buat entry pasal new year. Nampak ketinggalan zaman kan??. Sebabnye baru sekarang aku terasa nak buat entry pasal new year ni. Sekarang baru rase jakun nak buat entry pasal new year macam orang lain jugak. Cume aku tertinggal bas la. sbb tu lambat buat tue.hehe. *budak suraiya nie memang selalu pending!.

Bile cakap je pasal new year semua orang tanye ape azam baru
untuk tahun nie. Sure-nye lah setiap orang mesti ade azam baru. Aku pun same. Cume azam kite sahaja yang berlainan kan?,, dan juga cara penyelesaiannya. Erhh,,susah jugak kan nak buat entry. nak kena susun ayat. tapi, aku rase gembira bile dapat susun ayat utk menjadikan entry yang panjang dan lebar seperti padang bola sepak! *dah mula meng-hiperbola-kan keadaan.

Azam baru aku tahun nie agak sikit berbanding tahun-tahun yang sebelumnya. Seriously aku rindu sangat nak pergi sekolah balik. Seriously, aku pasti korang pun same macam aku jugak bile time dah lepas spm nie. Rindu nak pegang buku sekolah balik. pegang pen.masuk bilik darjah. pergi lab kimia.fizik.bio.pergi library. rindu cikgu-cikgu yang
ajar. Nak-nak sekarang nie sekolah dah start rase macam pelik je org pergi sekolah aku tak pergi. ok-ok. rase macam dah menyimpang jauh je dari ape yang aku nak buat.

Inilah azam baru aku. ade yang same macam korang tak?? haha

1. Belajar play guitar
Seriously aku nak sangat belajar guitar. Sebabnye abang aku pun dah belajar main gitar.aku jeles wooo.. mane boleh die je. ahaha.. dah la die ade gitar sniri. ak
u pun nak jugak! *suraiya sangat jeles yee. :D . Kalau dapat gitar yang bunyi die sedap lagi best!
Kalau dapat memang aku tidur dengan gitar tu je lah tak payah teddy-teddy bear dah. haha

2. Aku nak kurus
Aku rase sejak lepas spm nie berat dah naik,, uwaa.. lelemak dah banyak berkumpul di bawah kulit. Tak mahu gumuk!. Padan muke kat diri sendiri sape suruh tak kawal makan. Baru 1 bulan je cuti belum lagi nak tempuh beberapa bulan lagi. ngeriii.. yang pastinya aku tak nak la jadi fat girl.. ngeri ngerii. Aku kate aku gemuk orang kate kurus. T
akde-takde. Aku nak jadi seperti orang dalam iklan weight gain tu.. tiup angin boleh terbang! wakakaka.. berat aku 43 kg dengan tinggi yang tak mencukupi. uwaaa + hahaha


*Berbaju pink adalah Koya, Si baju hitam = s.a.h.a.y.e yg gumuk!

3. Saye nak jadi budak baik
Percaya tak suraiya nak jadi budak baik. Harus percaya tau kalau tak nak kene sekeh *jadi budak jahat pulak balik nak sekeh-sekeh kepala orang. Ok! ok.. baik aku tak nak sekeh kepale korang sebab aku nak jadi budak baik.. ngee.. Lagipun aku dah cakap kat Pizah yang aku nak jadi budak baik. Jadi, harus bagi semangat dekat saya untuk jadi budak baik ye kawan-kawan! :D . Terutama kat kawan saya F.A jadi singkatan je name die yang saya takkan kate yang saye akan sepak anda dan sekeh kepala anda balik ye! Teehee.. Jadi,
kepada kawan-kawan yang saya telah buat salah kepada kalian sile maaf kan saye ye. 0-0 okey! :D

4. Ingin berusaha dengan sehabis baik dalam pelajaran
Sile jangan terkejut! mesti korang pelik, padahal aku tengah tunggu result SPM. eh, mesti la, nanti lepas dapat result nanti bile dah nak start sambung
belajar balik haruslah tanam dalam diri untuk berusaha dengan sehabis baik dalam pelajaran. Jika ade rezeki untuk ke Matrikulasi atau Universiti nanti saya akan berusaha dengan bersungguh-sungguh untuk dapat flying colours supaya saya dapat berikan kegembiraan untuk parents saya. Sebab saya adelah anak yang terakhir dalam keluarga saya, jadi saya harus beri yan terbaik kepada parents saya. InsyaAllah, cita-cita saya sebagai Doktor ataupun Arkitek akan saya jadikan kenyataan. *wah! ayat yang sungguh sekema eh. Jadi, pray for me okay :D


*Doakan saya untuk mendapat excellent dalam pelajaran ye
-To all 2010 SPM candidates, semoga kita semua dapat straight A's.. Amin..
-To SMKMS 2010 SPM candidates, semoga kita semua dapat 9a+ dlm spm.. Amin

5.Saya ingin menjadi daughter yang terbaik buat parents saya
Saya tahu selama nie saya banyak buat salah kepada kedua ibu bapa saya. Banyak kali saya dah upsetkan ibu bapa saya dengan perangai saya. Mesti ibu dan ayah risau kan,, sbb adik sorang je anak perempuan yang ibu dan ayah ada. Lagi pulak ibu dan ayah hanya ada kami tiga orang sahaja. Dan adik lah anak yang terakhir. Mungkin perangai adik pelik sikit dari along dengan angah. Adik tahu ibu dan ayah dah berkorban macam-macam untuk buat along,angah terutamanya adik gembira. Bile adik nak sesuatu,, ibu dan ayah belikan,,macam-macam dah ibu dan ayah dah bagi kat adik.. Ibu dan ayah dah bagi kasih sayang yang sepeuhnya kat adik. Dan adik sangat bersyukur sebab Allah kurniakan adik ibu dan ayah yang baik. Terima kasih ibu dan ayah sebab lahirkan adik kat dunia ini untuk menjadi anak ibu dan ayah. Mungkin adik tak tunjukkan sangat selama ni yang adik sayang sangat kat ibu dan ayah, tapi sebenarnya adik sayang sangat kat ibu dan ayah. *Ibu dan ayah,, adik sayang ibu dan ayah sangat-sangat tau! ngee :D

Ok lah,,mungkin tu sahaja kot azam saya untuk tahun nie yang akan saya tuliskan dekat entry ini. Banyak lagi,, tapi cukuplah tue kan. Kita seharusnya berserdehana dalam setiap perbuatan kita.. Naaa..sebab tu la aku letak azam aku sikit jer,, sebab nak berserdehana.. *oh! kenape ayat aku pelik jer.. *Tampar pipi-tampar pipi sekejap,, Jadi, aku bertekad untuk melaksanakan azam aku dengan sebaiknya tahun ini. Sebab aku dah besar! hahaha,, sebab tu teruja nak jadikan kenyataan tue,, :P

Lots of love from me,Suraiya :D

Sunday, January 2, 2011

i'm tired! -_-

Oh! i'm really-really-really tired this night sebab tadi pergi ceramah kpp.
Oh! kaw,, aku pergi ceramah untuk ambik lesen,,lawak tahu orang tu menerangkan tentang undang-undang jalan raya dan segala bagai benda yang berkaitan. *tak mengantuk derr..serious!
Okey, aku nak tido sebab konon-konon buat penat pada malam ini sebab taknak tulis entry panjang lebar. *Alasan.padahal takde idea,, lalala :D
My Mind can't berfungsi untuk buat entry yang panjang dan lebar kalah padang bola sepak pada malam ini. Jadi, mari tido awal-awal pada malam ini kawan-kawan! Nite2


Nota ke-kaki-an : waktu kat blog aku agak ke-gebang-an! ngeee.. :P

Saturday, January 1, 2011

testing2

Assalamualaikum,,

Nampak tak blog header kat atas tue?? yang wane pepel tu,, ok tak??. Cube teke sape buat?? haha. gigih aku nak buat tahu. Eceh, konon taknak same header dengan orang lain. haha. Aku buat dengan photoshop. Actually aku buat dengan photoshop dalam pada masa yang sama, aku sesungguhnya tak pandai gune photoshop. Redha je la aku buat dengan bantuan turorial dari blog-blog lain dan juga youtube dan juga tanya abang aku sikit kat mane letaknye gradient tool.

Still masih tak puas hati dengan header nie,, sebab sebenarnya nak buat lain. Tapi disebabkan tak pandai gune photoshop jadi bantai je la jadi macam mane pun. Muke redha je time buat nie. Jadi,dengan hasilnya juga perlu redha. Teehee. :D . Tapi tetap bangga sebab dapat buat walaupun memang tak pandai lansung gune photoshop *ok,suraiya! sile stop dengan ke-bangga-an anda.


first header sebelum tukar yang wane pepel tue. Crowded oak??

Nie yang macam kat atas tue.

Kire nie headee untuk tahun baru la nie. Lalala. Tapi masih akan tetap belajar untuk gune photoshop dengan gigih sepanjang cuti nak tunggu result spm nie. Bile dah pandai nanti boleh buat headee yang cantik-cantik serta blog template yang cantik-cantik supaya saya boleh tayang-tayang kat korang semua. *apesal ayat gaye macam beruk dapat pisang buat kali pertama je?.

ok, Tata! (nak cube buat header lagi cantik dan belajar nak guna photoshop lagi!)