Friday, May 20, 2011

OMG! OMG!

Assalamualaikum,,


Lame dah tak berblogging, sebab utamanya takde mase dan takde idea. So, now memandangkan rase macam ade idea je, jadi redah je lah. LAgipun ni rembat kejap laptop abang saya sebab dia pergi ber-bbq dengan kawan dia dan saya pulak nak on kan laptop seniri memang jangan haraplah. Hee. Dan memang sungguh sejak akhir-akhir ni saya banyak sangat tulis pasal nak masuk belajar. Segalanya pasal takut dan tak tahu macam mana life untuk berjauhan dengan family. Dan sudah tiba masa saya pulak duduk berjauhan dengan keluarga. Dan tak tahu lah macam mana nanti. Hope so boleh cope dengan sebaik-baiknya.


Tinggal lagi 2 hari sahaja untuk saya menikmati cuti yang bakal habis ni. Dan on MOnday, insyaAllah bermulalah status saya sebagai seorang pelajar MAtrikulasi.Dan entah, ready tu nak kate mungkin meningkat sikit kot berbanding dengan tahap ke-ready-an dalam entry sebelum. Sungguh saya ni jadi perosak bahasa. Hehe. Dan jugak bermulalah misi untuk mengubah masa depan untuk menjadi yang lebih baik.


Memang susah untuk berjaya sebab banyak benda yang harus kita korbankan. Sebab dalam dunia tak ada benda yang senang untuk kita dapatkan, segalanya memerlukan pengorbanan. Dan memang saya juga bakal pelajar matrikulasi satu tahun, kadang-kadang gerun jugak dengar orang cakap kalau setahun ni kena struggle sungguh-sungguh. Ramai jugak kata matrik ni susah. Dan memang lah bila dengar mula-mula tu gerun la. Dan bila dengar macam-macam orang komen pasal Matrikulasi ni memang rasa macam tahap kemotivasian diri ni macam mengurang.


Tapi, saya cuba jugak untuk sahut cabaran tu, sebab orang lain boleh berjaya bila masuk matrikulasi, tengok macam senior-senior banyak yang berjaya lepas masuk matrikulasi. Terfikir jugak, orang lain boleh takkan diri  kita sendiri tak boleh kan?. Tapi, yang penting mesti kena ada usaha lah, jangan cakap je kan?. Sebab saya ni banyak cakap je usaha tu kurang. Bila dah masuk fasa baru mesti kena ubah semua tu kan?. Saya akan cuba sebaik mungkin untuk berjaya. Tak mustahil kita akan berjaya.


Jadi, kepada semua yang akan mula melanjutkan pelajaran macam saya ke atau ape-ape pun, SEMOGA BERJAYA! .. :)

2 comments:

AnnazuR said...

salam. Good luck Suraiya!! Do your best. Bagi akak, pelajaran di matriks lagi senang dari SPM!! The only key to success is RAJIN. Suraiya rajin2lah belajar di sana. Enjoy pun enjoy juga but biarlah bertempat :)

LoveLy day :) said...

Wsalam. Tq akak!, hee, i'll try my best. Hehe. Tq for the advice again! :),, aa, tkut!