Friday, May 6, 2011

UPU,guys

Assalamualaikum guys,


Haa, ni entry memang sungguh-sungguh pagi dah post. Disebabkan memang ramai sangat kawan dekat facebook tu online so tak jadi nak tidur. Rase macam seronok bile ramai kawan online hari ni. Nak tahu sebab ape?. Kitorang semua dok pakai ramai-ramai countdown nak tunggu check UPU pada pukul 12.00 pagi ni. Lastly, Waktu boleh check UPU, pukul 12 tengahari esok. Memang rase kecewa sorang-sorang. Haa, padan muka sape suruh tak tengok tv1 yang kate boleh check UPU bermula pukul 12 tengahari esok.


Dan memang seriously sekarang ni memang ramai tengah kira waktu, Bukan kira hari dah macam dulu-dulu. Kira waktu untuk check UPU. Sangat berdebar sebab kita tak tahu apa keputusan nanti. So, Harap-harap dapatlah macam apa yang nak. Tapi entahlah, hati ni tetap rasa nak pergi matrikulasi lagi. Tapi, apa-apa pun kita tengok pada hari esok lah. Pukul 12 tengahari tau!.Mari check ramai-ramai!. eh, konfirm lah susah nak masuk kalau ramai orang check waktu tu. Mahulah server die jadi berat. Keh keh keh.


Ok lah, rasa macam nak tidur je ni. Kite tunggu esok! ok, Check-it-out tahu! :) . Semoga kita semua dapat apa yang kita nak dan banyakkan berdoa semoga keputusan esok tak mengecewakan. InsyaAllah adelah rezeki kita nanti. Jangan risau pada korang yang tak dapat Matrikulasi tu, UPU kan ade, dah boleh semak esok dah, lagipun form 6 pun ada. Peluang untuk belajar itu ada di mana-mana, cuma kita sahaja yang perlu berusaha, doa dan tawakkal dalam setiap apa yang kita buat. Semoga kejayaan menjadi milik kita semua! :)

dan boleh lah semak dekat sini,

No comments: