Sunday, May 22, 2011

selamat tinggal segalanya,

Assalamualaikum!


Belum nak mula entry lagi dah rasa nak menangis. Tengoklah title pun gaye macam nak tinggalkan segalanya je. Haru, haru!, Tapi, sebenarnya tak tahu nak tulis ape sebenarnye. Lansung takde idea memandangkan esok nak jadi budak MAtrikulasi la gayenye yang jauhnye ya Ampun tak jauh mane sangat kot!. oh, Hai Matrik Johor! esok saya bakal ke sana untuk mencari serta mengorek khazanah ilmu yang terdapat di sana. Esok bakal jadi johor-ian untuk setahun jee. Ok la tu, fit sangat lah dengan pepatah setahun jagung tu. Nanti lama-lama duduk johor, dah tak jadi setahun jagung, jadi jagung tua. Hehe xD .



Tapi, nak pergi sana agak ambil masa sejam setengah kot dicampur dengan jalan dia yang agak memang berbengkang-bengkuk. Wah, lepas ni nak balik rumah kena naik bas nampak macam bukan Suraiya ye balik-balik rumah naik bas ni. Tapi, takpe..sebagai permulaan untuk berdikari. Lagipun, dekat tehh je pun KMJ dengan Muadzam ni. *dekat la sangat ehh.


Banyak benda yang perlu dikorbankan buat masa ni bila kita dah tak berapa nak dapat buat apa yang kita selalu buat selama ni bila ada kat rumah. Lepas ni dah tak boleh main-main dengan kucing, tak boleh petik gitar meraban-meraban gaye macam orang pandai main je padahal tak pandai lansung,chord semua lupa tah hialng kemana dari memori ni , dah tak boleh makan masakan ibu tiap-tiap hari, dah tak boleh nak on9 sampai mata lebam, dah tak boleh stalk org (oh, bai bai merah!).. dah tak boleh mengade-mengade nak drive kete tiap-tiap hari dah. Weeee..


Nampak tak entry kali ni memang meraban sungguh-sungguh. Takpe, lagi dua minggu update balik kalau boleh balik rumah. Bakal rindu rumah, rase macam cool je tetibe rindu nak balik rumah padahal bila ada kat rumah lagi nak keluar dari rumah ada lah, tapi gene-gene malas banyak sangat jadi terus tak jadi nak keluar rumah. Apa-apa pun, saya harap semoga urusan serta pembelajaran dipermudahkan oleh Allah S.W.T. Amin. Kepada semua yang bakal masuk matrik macam saya, All the best! :)


Kthxselamattinggal. Jumpe lagi nanti! :)

Friday, May 20, 2011

OMG! OMG!

Assalamualaikum,,


Lame dah tak berblogging, sebab utamanya takde mase dan takde idea. So, now memandangkan rase macam ade idea je, jadi redah je lah. LAgipun ni rembat kejap laptop abang saya sebab dia pergi ber-bbq dengan kawan dia dan saya pulak nak on kan laptop seniri memang jangan haraplah. Hee. Dan memang sungguh sejak akhir-akhir ni saya banyak sangat tulis pasal nak masuk belajar. Segalanya pasal takut dan tak tahu macam mana life untuk berjauhan dengan family. Dan sudah tiba masa saya pulak duduk berjauhan dengan keluarga. Dan tak tahu lah macam mana nanti. Hope so boleh cope dengan sebaik-baiknya.


Tinggal lagi 2 hari sahaja untuk saya menikmati cuti yang bakal habis ni. Dan on MOnday, insyaAllah bermulalah status saya sebagai seorang pelajar MAtrikulasi.Dan entah, ready tu nak kate mungkin meningkat sikit kot berbanding dengan tahap ke-ready-an dalam entry sebelum. Sungguh saya ni jadi perosak bahasa. Hehe. Dan jugak bermulalah misi untuk mengubah masa depan untuk menjadi yang lebih baik.


Memang susah untuk berjaya sebab banyak benda yang harus kita korbankan. Sebab dalam dunia tak ada benda yang senang untuk kita dapatkan, segalanya memerlukan pengorbanan. Dan memang saya juga bakal pelajar matrikulasi satu tahun, kadang-kadang gerun jugak dengar orang cakap kalau setahun ni kena struggle sungguh-sungguh. Ramai jugak kata matrik ni susah. Dan memang lah bila dengar mula-mula tu gerun la. Dan bila dengar macam-macam orang komen pasal Matrikulasi ni memang rasa macam tahap kemotivasian diri ni macam mengurang.


Tapi, saya cuba jugak untuk sahut cabaran tu, sebab orang lain boleh berjaya bila masuk matrikulasi, tengok macam senior-senior banyak yang berjaya lepas masuk matrikulasi. Terfikir jugak, orang lain boleh takkan diri  kita sendiri tak boleh kan?. Tapi, yang penting mesti kena ada usaha lah, jangan cakap je kan?. Sebab saya ni banyak cakap je usaha tu kurang. Bila dah masuk fasa baru mesti kena ubah semua tu kan?. Saya akan cuba sebaik mungkin untuk berjaya. Tak mustahil kita akan berjaya.


Jadi, kepada semua yang akan mula melanjutkan pelajaran macam saya ke atau ape-ape pun, SEMOGA BERJAYA! .. :)

Monday, May 16, 2011

Again, counting days!

Assalamualaikum,, (bagi salam lebih afdal :] )


oh, Hey guys. It's been awhile i didn't post any entry on my deary blog. I've just came back from my village. It's such a long journey, it takes about 5 hours to get there. And, I'm lucky because i tak kena asthma attack while I was there. Sebab biasenya kalau balik kampung memang selalu kena.


I'm counting days. Tahu tak, waktu berjalan sangatlah pantas yang amat. Dan, next week I akan mendaftar dekat matrikulasi. Entah, saya pun tak tahu. Tapi, hati saya tetap mengatakan yang saya nak pergi matrikulasi. Tapi, saya tak berapa nak pasti seratus peratus. It's just, hati saya cakap "matrikulasi!". Mungkin saya perlu buat isthikarah lagi untuk lebih pasti.Tapi, walau apapun saya memang rasa sangat masa dah terlalu singkat.


Banyak benda yang tak beli dan prepare lagi. Saya tak prepare physically dan mentally lagi di saat saya tengah menulis entry ni. Mungkinkah sebab dah terlalu lama cuti?. Hurmm, mungkin. Sebab dah terbiasa dengan rutin harian yang tidur lambat dan bangun lambat-lambat lepastu online sampai tak ingat dunia, sampai mata pun dah naik berpinar nak tengok screen laptop. Ah, segalanya mungkin. Dan tak tahu macam mana saya nak hadapi dunia luar nanti.


Cakaplah saya anak manja. Cakaplah saya anak yang nak duduk bawah ketiak mak aje. Memang saya macam tu pun. Wahaha. Gile tak?. Tapi masalahnya inilah saat saya harus berdikari. Mungkin kalau saya lihat dari diri saya dulu dan sekarang, adalah kot berubah sikit dari sifat berdikarinye. Dulu, semua nak kene ada orang. Tapi, sekarang ni, Alhamdulillah saya tak berapa nak bergantungan dengan orang. Tapi, kalau di saat saya tengah malas tu, memang memerlukan pertolongan orang lah.


Tak tahulah dunia luar nanti macam mana. Saya memang tak pernah lagi duduk asrama. Dan ni memanglah kali pertama kena duduk asrama. Tu lah yang memang rasa macam ketorr la jugak nak duduk asrama ni. Tak dapat bayangkan macam mane lah saya bila duduk hostel nanti. Menangis tiap-tiap hari sebab nak balik rumah ke?. Tak dapat tidur sebab teringat kat rumah ke?. Tepon mak tiap-tiap hari sebab tak pernah berjauhna dengan mak ke?. Haha. Tragik gile-lah kalau macam ni. Rase macam ngeri je. Haha. Tapi, kena la berdikari dan hadapi dengan tabah segalanya sebab nak capai cita-cita dan menuntu ilmu tu kan. Mungkin mula-mula kita tak dapat nak bear dengan environment baru, tapi, InsyaAllah nanti lama-lama dapat da start belajar berdikari sepenuhnya.


Doakan kejayaan saya dalam menuntut ilmu, teman-teman. :)



oh, SELAMAT HARI GURU! kepada semua guru dan juga kepada cikgu di Smk Muadzam Shah. Jasa kalian amat saya hragai. :)

Tuesday, May 10, 2011

I had to choose..

Assalamualaikum guys!,


Today aku rase macam-macam benda terjadi hari ni. Dan hari ni adalah hari yang paling aku rase banyak benda yang aku buat. It's not actually means aku buat kerja yang banyak tetapi banyak menghabiskan masa dengan segalanya. Yelah, manusia kan tak pernah lari daripada kesibukan. Dan sekarang ni pulak memang tengah banyak nak urusakan tentang masuk belajar semula kan.


There's two choices yang berada di depan mata sekarang ni. either nak pergi matrikulasi or Diploma Mikrobiologi. And both, I like!. And I just didn't know how to choose which one actually yang I nak pergi. Both were great. and both ade kelebihan dan kekurangannya. It's hard to choose riyt?. Memang, bile kedua-dua benda memang yang kita minat bila disaat kita berada di persimpangan ni. Memang terribly susah nak decide. Macam dalam poem the road not taken tu lah! It's the same. Berkisar tentang pilihan yang terbaik yang harus kita pilih.


Kenape semua ni terjadi?. Mungkin ada hikmah disebaliknya kan?. Membuat keputusan demi masa depan amatlah susah. Dan matrkulasi pun dah guna module baru start daripada tahun ni. Dan rasa memang budak tahun 1993 ni sungguh jadi bahan ujikaji lah. Apa-apa yang baru atau berlaku perubahan dalam sistem pembelajaran, budak-budak tahun 1993 lah selalunye kene. Wahaha.


Dan tadi pagi, so pergi sekolah untuk dapatkan tandatangan pengetua sekolah sebab nak buat penangguhan PLKN. Tapi sedih sangat pergi sekolah tadi, tanya kerani yang ada dekat situ dia jawab macam nak tak nak je. Seriously sedih. Dan dah la guru penolong kanan sangat scary okay!. Bila cakap nak jumpa pengetua dan dah terangkan segalanya. Tapi, masa tu pengetua takde. So, boleh terima. Dan guru penolong kanan tu macam nak tembak balik je gayenye bile die keluar dan tanya balik masa kat luar dari pejabat tu, dia macam nak suruh pergi jugak PLKN tu tak bagi tangguh.


But, finally!. Mak saya pergi sekolah Muadzam Jaya untuk dapatkan pengesahan. Dan Alhamdulillah, urusan tu dah selesai.


Stress sangat bile jadi macam tu. Dan rasa penat sangat!. Dah la cara nak kurangkan stress pelik. Dengar lagu kuat-kuat. Wahaha. So, sesape nanti kalau rase macam saya dengar lagu kuat-kuat tu maknenye tengah stress la tu eh. Wahahaha.


ps : Matrikulasi, adalah choice saye!. korang rase?

Sunday, May 8, 2011

Selamat hari ibu!

Assalamualaikum!,,


Selamat hari Ibu kepada ibu saya,
Adilah Binti Abu bakar.
Love you Mom!,
I'm sorry for everything that I had done wrong to you,
You are the best mother i've ever had!.
Walaupun selalu sangat lawan cakap ibu, tak dengar cakap ibu,
Tapi, orang tetap sayang ibu sampai bila2.
Nanti, time orang dah sambung belajar,
ibu jage diri baik-baik tau kat rumah,
Haa! jangan lupe nak notebook baru tau?.
heeee :D

Sebenarnya tak ucap lagi dekat ibu,
Walaupun tahu hari ni hari ibu,
Tapi, bagi saya hari-hari adalah hari ibu!,
Saye malu la nak ucap kat ibu saya.
Tapi, takpe saye tahu nanti mak saya baca jugak blog saya nie.
Heh-hehehe. 

Saya nak letak gambar ibu saya, 
tapi ibu saya malu la,
Hehehe,
Nak tangkap gambar ibu saya pun susah.
ish ish ish.

Takpe2,,



Friday, May 6, 2011

UPU,guys

Assalamualaikum guys,


Haa, ni entry memang sungguh-sungguh pagi dah post. Disebabkan memang ramai sangat kawan dekat facebook tu online so tak jadi nak tidur. Rase macam seronok bile ramai kawan online hari ni. Nak tahu sebab ape?. Kitorang semua dok pakai ramai-ramai countdown nak tunggu check UPU pada pukul 12.00 pagi ni. Lastly, Waktu boleh check UPU, pukul 12 tengahari esok. Memang rase kecewa sorang-sorang. Haa, padan muka sape suruh tak tengok tv1 yang kate boleh check UPU bermula pukul 12 tengahari esok.


Dan memang seriously sekarang ni memang ramai tengah kira waktu, Bukan kira hari dah macam dulu-dulu. Kira waktu untuk check UPU. Sangat berdebar sebab kita tak tahu apa keputusan nanti. So, Harap-harap dapatlah macam apa yang nak. Tapi entahlah, hati ni tetap rasa nak pergi matrikulasi lagi. Tapi, apa-apa pun kita tengok pada hari esok lah. Pukul 12 tengahari tau!.Mari check ramai-ramai!. eh, konfirm lah susah nak masuk kalau ramai orang check waktu tu. Mahulah server die jadi berat. Keh keh keh.


Ok lah, rasa macam nak tidur je ni. Kite tunggu esok! ok, Check-it-out tahu! :) . Semoga kita semua dapat apa yang kita nak dan banyakkan berdoa semoga keputusan esok tak mengecewakan. InsyaAllah adelah rezeki kita nanti. Jangan risau pada korang yang tak dapat Matrikulasi tu, UPU kan ade, dah boleh semak esok dah, lagipun form 6 pun ada. Peluang untuk belajar itu ada di mana-mana, cuma kita sahaja yang perlu berusaha, doa dan tawakkal dalam setiap apa yang kita buat. Semoga kejayaan menjadi milik kita semua! :)

dan boleh lah semak dekat sini,

Monday, May 2, 2011

Counting days.

Assalamualaikum guys,


It's been a while since i didn't post any entry. I'm not here, and i'm away to my village at KL. *woah!, kampung kat tengah bandar,ok, tak pelik*. :p . Since my grandma's house doesn't have any internet connection so, I haven't been able to the surf internet, checking here and there. But, you know what, I think I can live without the internet. Haha. But no for a long time lah. Yeah, mestilah, sebab sekarang ni surf internet hari-hari sebab tengah meng-anggur kan?. So, daripada takde buat apa-apa, baik surf the internet right?. Dan rasa macam muak je surf tiap-tiap hari. Bukan buat apa-apa yang lain pun. Tiap-tiap hari tengok facebook, blogwalking, tengok apa-apa information yang perlu. ok, nmpak kebosanan right?.


Tapi, sekarang dah tak, Sebab nanti 15 May dah nak kene pergi PLKN pulak. Dan sekarang dah rasa macam dah nak jadi homesick bila ingat pasal PLKN ni. Memang haru kan?. Tu lah akibatnya budak yang tak pernah merasa duduk asrama. Dan so malas nak pergi-pergi pakar untuk mintak pengecualian. It's okay, takpe, dekat sana nanti akan ada buat med-check lagi. Dan tak tahu lah. Tapi apa-apa pun saya tak kisah dan akan go on je lah dengan PLKN tu. Tapi, saya ni cepat homesick mula-lah nak meleleh sane meleleh sini bila teringat kat rumah. Hehe. Aritue pegi med-check last-last dapat ubat. Wahah. Lawak je. Orang tak sakit masa tu dapat ubat. Dah la merana kena inhale ubat tiap-tiap hari. Docc yg check tu kate kalau nak mntak pengecualian kene pergi pakar dan banyak proses so, conclusion nye, MALAS, pergi jelah PLKN tu. wakakkakak :P 


Tapi, nanti 23 May pulak dah nak daftar matrikulasi. So, memang seminggu je lah rasanya duduk dekat PLKN tu. Bila teringat matrik lagi-lah homesick beriban-riban. Haha. Dah la jauh dapat ke johor tu pulak. Takpe redha je lah. LAgipun setahun je pun. Setahun untuk struggle habis-habisan. Tapi, tak confirm lagi. Nak tengok UPU nanti dapat course mana. Tapi, ntah, buat masa ni rasa macam nak pergi matrik lagi kot. Tak tahu kenape tertambat hati nak pergi matrik. Haru gile suraiya ni. Hee. Kawan, pray for me for the better future okey?. :) , Dan memang sungguh-sungguh tengah counting days menanti cuti dah nak habis. rasa sedih la pulak. :'(  Sedih sebab dah tak boleh nak duduk kat rumah dengan family selalu, sebab tak boleh nak makan masakan ibu tiap-tiap hari dah nanti, sedih sebab nak tinggalkan bilik tercinta. haa. memang betul-betul haru la suraiya kali ni. heee :P


Hah, ni dulu buat kek batik, first time buat ni. So, memang agak tak berapa cantik jugak lah. Dah la dapat buat 2 layer je sebab dah cut-cut sukatan sebab sebernarnya nak buat sikit je. Tapi, berpuas hati lah walaupun first time. And dalam family just saya dan ayah saya je makan kek batik ni. Tapi, walaupun tak ramai yang makan, boleh tahan cepat jugak lah habis. Sebab jadi 2 layer tu sebab guna loyang panjang. So, di jadi kek batik yang ketot tapi panjang bebenau!. heee.






Resepi ni dapat dari kawan, Fizah tapi Fizah dapat dari Kawan jugak, Wani,

- Biskut MArie
- 1/2 cawan Milo (sy amik 1/3 je)
- 1/2 cawan koko (sy amik 1/3 jw)
- 250g butter (sy gune 125 g je)
- 1 cawan gula (sy guna 1/2)
- 3/4 tin susu pekat (I used 1/3 )
- 1 sudu besar esen Vanilla (I used 1/2)
- 5 eggs ( I used 2 eggs)
- 2 sudu air panas yang ni saya ikut dalam blog ni (nak bagi moist)

Cara :
1. Campur semua bahan kecuali biskut marie dan didihkan.
2. Bila dah mendidih letak butter.
3. Sediakan loyang yang dah di gris dan di lapik dengan baking paper yang agak tinggi dan paras die melebihi loyang tu lah.
4. Susun bisku marie dan letak bahan didihan tadi layer by layer.
5. Padatkan adunan tadi.
6. Letak dalam freezer dan tunggu for 3/4 hours kot. Nak biar lagi lame pun takpe sebab lagi sedap.

oh, Cara ni saya amik dari blog ni


Gambar memang agak kabur sebab tangkap secara cepat. hua hua hua.Tengok pun tahu, letak atas penutup bekas je, nampak sangat malas nak letak atas pinggan bagai-bagai tu semua. hahaha

Ok, guys! selamat mencuba heh?. Kalau buat jangan lupe anta kat saye! wahahahahha :P