Thursday, March 17, 2011

diri aku.

*credit pic to google*


kadang-kadang aku rasa macam aku seorang loser.
kadang-kadang aku rasa macam aku jahat.
kadang-kadang aku rase macam aku seorang yang baik.
kadang-kadang aku rasa macam aku seorang yang sangat teruk.
kadang-kadang aku rasa macam aku dah melukakan hati orang lain.
kadang-kadang aku rasa macam terlalu nak marah.
kadang-kadang aku rasa hidup aku tak se-happy orang lain.
kadang-kadang aku rasa macam orang meminggirkan aku.
kadang-kadang aku rasa terlalu rendah diri.
kadang-kadang aku rasa aku seorang yang tiada apa-apa.

kadang-kadang aku rasa aku seorang yang tidak secantik orang lain.
Tidak secantik seperti se-orang diva bahkan tidak secantik seperti kawan-kawan aku yang lain.
ah! persetankan semua itu.
aku adalah aku.
dan aku berhak menjadi diri aku.
Aku cantik ke tidak, itu bukan pengukurnya.
Janji, aku menjadi diri aku yang sebenar.
Janji, aku menjalankan tanggungjawabku sebagai seorang muslim.
Mungkin ada yang memandang aku tidak secantik seperti diri mereka.
Dan aku pernah merasainya sendiri.
Kawan aku sendiri.
Berkata seolah-olah akulah ugly duckling tidak seperti kawan-kawannya yang lain.


Dan, aku benci dipandang seperti sorang anak kecil.
Kerana, ketinggianku tidak seperti mereka yang sama umur denganku.
Oh! cukuplah. Aku sudah dewasa.
dan sudah cukup matang untuk mengenal erti sebuah kehidupan.
Aku tidak marah. dan itu adalah sejujurnya, aku tidak marah.
Mungkin aku adalah anak yang terakhir dan juga se-orang sahaja perempuan antara adik-beradikku.
Tapi, aku bersyukur!. aku bersyukur!.
Aku bersyukur dikurniakan ibu bapa yang sungguh memahami diriku.
Walaupun aku adalah anak yang paling keras kepala dalam adik-beradikku.
Tapi, kedua ibu bapaku sangat memahami ku.
Terima kasih Ya Allah kerana mengurniakan kepadaku ibu bapa yang sangat Lovely!.


Kadang-kadang aku terfikir tentang masa depanku.
Berjayakah aku?.
Aku tak sanggup menghampakan kedua ibu bapaku.
Aku ingin membalas budi mereka dengan menghadiahkan kejayaanku.
Serta menjadi seorang anak yang baik.
Aku ingin ubahkan perangaiku.
Aku cuba. Akan Aku cuba sebaik mungkin.
Sungguh, aku tak sanggup menghampakan kedua ibu bapaku.
Aku akan cuba yang terbaik dalam kehidupanku.
Akan ku capai cita-citaku untuk menjadi seorang doktor.
Supaya aku dapat merawat kedua ibu bapaku.
Serta membantu mereka yang memerlukan khidmatku dengan sebaiknya.
Ya Allah, berikanlah aku kekuatan untuk mencapai cita-citaku.
Supaya aku dapat memartabatkan agama islam.
Teman-teman, doakan aku!.


Kadang-kadang aku rasa aku ingin menjadi seperti orang lain.
Seperti mereka yang boleh juga dianggap perfect.
Tapi, tiada orang perfect di dunia ini.
Aku ingin sekali memetik gitar di saat aku kesedihan.
Cuma, aku perlu bersabar.
iye, aku perlu bersabar.
Sikit-sikit masa nanti aku akan dapt memetik gitar kembali.
Supaya aku dapat meluahkan segala kesedihanku didalam bentuk muzik.
Sambil menyanyikan sebuah lagu yang menggambarkan diri aku sendiri.
Mungkin, mungkin.
Ah, aku perlu jadi diri aku. Sebagaiman diri aku yang sebenar.


Kadang-kadang aku cemburu terhadap orang lain.
Mereka punyai harta, kecantikan.
Tapi, aku?
Tapi, aku mulai sedar, itu semua bukanlah yang sebenar-bernarnya.
Jika dikurniakan harta serta kecantikan tetapi tidak mendalami agamanya.
Sungguh sekali tidak perfect hidupnya.
Sungguh aku cemburu.
Tapi, aku selalu ingatkan diri aku itu semua tidak penting.
Itu semua tidak penting.
Tolong ingatkan aku selalu.


Aku lihat, teman-teman aku sudah melalui alam per-cintaan.
Tapi aku?.
Ah! sudah, aku benci perkataan 'CINTA'.
Sungguh, aku tak ambil kisah benda-benda itu.
Aku sama sekali pernah berkata kepada kedua ibu bapaku.
Aku tidak akan mengalami alam ini.
Kerana aku ingin menumpukan sepenuh perhatian pada pelajaran buat masa ini.
Walaupun, aku memang benci terhadap semua itu.
Kadang-kadang, aku cemburu terhadap mereka yang sudah mengalami alam ini.
Siapa tidak?.
Tapi, aku masih tetap dengan pendirianku.
Walaupun pernah sahaja orang memintaku menerimanya.
Tapi, aku masih dengan ego-ku yang tidak ingin memikirkan mengenainya.
Kerana, aku tidak bersedia.


Kadang-kadang aku menangis seorang diri.
Tiada siapa yang mengetahui.
Tiada siapa yang mengetahui isi hatiku.
Kerana aku bukanlah seorang yang bisa berkongsi segalanya.
Aku mungkin seorang pendengar setia.
Tapi, aku tak bisa mengeluarkan apa yang terkandung dihatiku.
Jika aku tak mampu lagi untuk menyimpan,
aku kelurkannya dalam bentuk tangisan.
Aku dengar lagu dengan volume yang maksimum seorang diri.
Dan menangis.
Aku seorang yang sangat complicated.
mungkin.
Aku sendiri pun tidak tahu.
Kerana aku akan rasa sangat lega selepas menangis.
Oh yea, semua orang juga begitu.
Aku tahu.
Tak perlu berdolak-dalih lagi.


Kadang-kadang.
Aku terasa sungguh kecil hati.
Aku seperti dipinggirkan oleh temanku sendiri.
Disaat mereka selalu bersama.
Aku masih lagi seorang diri.
Tiada teman untuk diajak berbincang mahupun berjenaka.
Mungkin minda aku dengan minda mereka lain.
Aku tidak seperti mereka yang bisa berkata apa-apa.
Bisa berkongsi segala macam masalah diantara mereka.
Aku hanyalah pendengar setia.
Aku bukan pemborak yang setia.
Itu aku tahu.
Aku FAIL dalam communication skills.
Tapi, aku masih belajar communication skills itu.
Aku belajar.
Kerana, Azamku untuk menjadi seorang yang konfiden dalam pergaulanku.
Kerana, aku tahu.
Dunia di luar itu sangat mencabar.
Dan aku perlu lakukan apa sahaja untuk survive pada masa kini.


Aku tahu.
Segala yang terjadi.
Ada hikmah disebaliknya.
Mungkin ini saat untuk aku mengudur diri.
Pasti.
Kita akan bertemu lagi di lain entry.
Cuma.
Aku tak tahu bila.
Kerana.
Kadang-kadang idea yang datang itu tidak seberapa.
Jadi, aku decide untuk tidak menjadikannya sebagai entry aku.
Walau apa-apa pun.
Aku, harap kalian sudi membaca apa yang ditulis oleh aku.

Terima kasih.







2 comments:

zinnia zaza said...

adush..pnjgny..nnti aq smbg bc ag..hehehe

LoveLy day :) said...

hahaha. okey!.aku tahu panjang giler. tee-hee :D