o hai guys!, entry hari ini saya kira nak bukak buku baru lah!. Tak nak dah buat entry sedih-sedih bagai semua tue. Sebab kalau sedih yang melampau pun takkan mengubah segalanya yang terjadi. oh, guys, i'm eating burger right now!. and you know what, i think i'm getting fatter and fatter as the times passes. hah!, i like eating, don't you?. Those who says that they didn't like eating totally tipu larh!. Haiya, mane boleh maa. Macam mana nak hidup kalau tak makan?. Walaupun makan gula-gula sebijik, ianya dikira makan. oh, crap! enough with the makan-makan topic.
Here i am today, i want to write about my opinions according to my topic which is beauty. Who knows the real definition of beauty?. Some people says beauty is subjective. Well, i did not know much about beauty. So i just write it randomly je lah. Berdasarkan apa yang saya nampak dalam kehidupan seharian. Seriously, sangat susah untuk kita perkatakan tentang topik macam nie. Because, different peoples, different perspectives. I say like this, they say like that.
So, here it is :
1. Outside beauty,
Okay, kecantikan luaran kita tak boleh nak tumpukan kepada sesuatu. Saya tumpukan kepada orang. Maksudnya, cara kita pandang orang. Manusia dekat dunia ini mempunyai wajah mereka yang tersendiri. Kadang-kadang kita tengok si polan ni cantik, si polan ni comel dan si polan nie mempunyai wajah yang kita katakan tak berapa menarik. Bukan tak cantik. I say tak menarik.Tetapi, sebenarnya kita tak boleh kata yang tak menarik tu tak cantik sebab sebenarnya semua orang kat dunia ni cantik. Cantik dari segi wajah mereka yang tersendiri. Mungkin sebab kita kata tak cantik tu sebab dia bukan taste kita. Alangkah kita pun kata diri kita sendiri tak cantik kan?. Tapi, apa-apa pun bersyukur dengan apa yang kita ada. Sekurang-kurangnya kita tak cacat kan?. Cuba kita fikir mereka yang cacat. Lagilah self-confident diorang kurang sebab diorang tak macam orang lain, terdapat kekurangan dekat diorang. Sedangkan kita cukup segalanya. Jadi, memang kita tak boleh nak ukur outside beauty dengan sebetul-betulnya dan setepat-tepatnya.
2. Inner beauty.
Kecantikan dalaman adalah yang paling penting. Sebab kalau dalaman kita tak cantik, walaupun cantik di luar tetap tak dihargai. Sebab manusia melihat kepada peribadi seseorang itu. Memang, kalau kita lihat pun zaman sekarang ni, dengan berbagai ragam manusia yang kadang-kadang hanya lihat kepada kecantikan luaran sahaja, akan timbul jugak rasa inkuiri tentang peribadi seseorang itu. Macam jugak kalau dalam sesuatu perhubungan, tak kira either mereka just couples or married couple, diorang mula-mula akan kenal hati budi dulu kan?. Kita mesti tak nak pasangan kita tu mempunyai peribadi yang tak elok. Sebab semua benda tu membawa kepada kesusahan di kemudian hari. Macam jugak dalam sonnet 18 by William shakespeare also say that true beauty/inner beauty will last forever. This poem also compares about outside beauty and inner beauty, how he compare about summer with his beloved. All of this actually, shows that true beauty lasts forever because it comes from within. Sebabnya, masa takkan pernah memberi efek kepada kecantikan dalaman, hanya luaran sahaja.
3. Those who obsessed about beauty.
Dalam era teknologi masa kini, Kita tengok macam-macam produk kecantikan ada dijual macam cendawan yang tumbuh selepas hujan. banyak!. Berbagai cara syarikat produk kecantikan ni nak tarik pengguna supaya beli dengan cakap mereka guna terknologi nano lah, and so what ever it is. Kadang-kadang kita terfikir jugak, produk yang banyak-banyak ni sapa nak guna?. Sebab kadang-kadang kita dapat lihat masalah dalam pemakaian produk kecantikan nie, terutamanya, tak sesuai dengan kulit kita, jadi dah mendatangkan masalah sebab kita perlukan rawatan kepada kulit kita, takkan kita nak biarkan kulit kita bermasalah macam tu je kan?. bagi mereka yang terlalu obses sampai sanggup berhabisan beribu-ribu ringgit semata-mata nak bagi kulit mereka nampak cantik. ohhhhhhh. what?!. Ada pulak yang jenis sanggup bangun pagi awal-awal semata-mata nak pakai mekap tebal-tebal bagi nampak cantik dan menjalankan misi mereka untuk mencantikkan wajah pada pagi-pagi buta. oh ok.(-_-'). Bagi mereka yang bermekap, tak salah. Tapi yang terlampau adalah tebal sampai berbelas inch dan muka mereka terlampau colourful sampai boleh dianggap sebagai badut bekerja. ngeh.ngeh.ngeh. *Maaf bagi mereka yang terasa, jangan marah sebab saya dah mintak maaf*.
4. Kurus itu cantik
*nak buat muka boring kejap. kurus itu cantik?. tak semestinya, ade je yg badan agak besar tapi comel. comel ape kalau montel. hehe. Tapi, memang la semua orang nak kurus, tipu la. Tapi alangkah tak bestnya kalau kita dengar mereka yang dah kurus kata mereka gemuk. huh!. Nak je cakap berapa banyak kurus lagi nak?. KOrang nak kate ape?. Berat badan saya dah naik 43kg saya tak kisah pun *ececece, padahal tiap-tiap hari dok ngomel nak kurus-nak kurus sebab dah gemuk lebih daripada biasa. Serious saya cakap saya dah gemuk la, kawan saya pun cakap dulu lengan saya boleh pegang sampai jari bertemu jari tapi sekarang dah kene guna 1 tangah-setengah. paham?. ngee. Tu lah fenomena budak-budak lepas SPM pada masa kini sebab makan terlampau banyak depan mata sampai tak boleh kawal nafsu makan. Kalau dapat kurus sampai 35 kg, memang rekod! sebab tu berat time tingkatan 2 ke 3 ke 4 tah. haha. Jadi, di sini saya ingin tekankan bahawa jadilah diri anda seadanya, tak kisah gemuk asalkan sihat. Itu yang penting!.
OK-lah, banyak lagi yang nak tulis sebab saya banyak cakap, sampai entry saya pun nanti jadi panjang berjela sampai Bukit Ridan pulak. Yang saya ingin tekankan kat sini mengenai kecantikan ialah kita tak boleh ukur kecantikan tu sendiri. Setiap orang cantik dia berbeza dari orang lain. Orang lain menilai diri kita lain, tapi yang paling penting jadilah diri kita sendiri. Jangan terlampau dengar kata orang lain tentang kita sebab mungkin itu semua akan merendahkan self-confident kita. Tapi, jangan terus tak ambil pusing apa yang orang kata sampai kita tak sedar diri kita sendiri macam mana. Ada perkara yang perlu diambil dan ada yang tak. Yang penting, kita kena pandai fikir apa yang terbaik kepada diri kita.
Lots of love from me, :)
Terima kasih.