Saturday, August 20, 2011

menulis.

Assalamualaikum,

First off all memang nak cakap yang dah lama dah tak meng-update blog. Sebab memang takde masa untuk update blog. So, masa cuti 2 minggu ni akan digunakan untutk update blog. Eh, silap seminggu ni je kot sebab next week dah raya so memang tak boleh nak online-kan diri. Rasa macam heaven boleh dapat balik rumah walaupun just 2 minggu yang rasanya memang sangat cepat dan rasanya 2 minggu ni merupakan suatu waktu yang terlampau singkat pada masa ni. Dan tahun ini macam-macam benda yang dapat belajar. Macam mana life bila terpaksa hidup sendiri tanpa family, dan tahun ni la first time puasa bukan dekat Muadzam. Dan tahun ni jugaklah mencuba menukar diri untuk jadi seorang yang lebih matang. Sungguh, bila dah makin besar ni, macam-macam benda boleh belajar untuk ubah diri jadi orang yang lebih baik. Tahun ni jugaklah aku dapat merasa terawih ramai-ramai dekat masjid, sebab sebelum ni just terawih dekat rumah je dengan family. Serious first time pegi terawih masa kt matrik, solat witir 3 rakaat, sungguh sebelum ni mane aku buat, lepas terawih je, blah masuk bilik buat keje skolah. Pastu tahu witir qunut, sebelum ni mane pernah tahu yang witir qunut ni ade. Nampak diri tak nak ambik tahu.

Aku rase menyesal, malu kot. Ingat selama ni aku tahu banyak pasal agama ni, rupanya tidak. Salah diri sendiri. 100% salah diri sendiri. Memang sungguh la orang kate yang nak ubah perangai dengan diri tu susah. Sungguh susah, sebab semuanya memerlukan kesabaran yang tinggi. Aku selalu terfikir nak ubah perangai diri supaya jadi lebih baik. Nak buang semua perangai yang buruk-buruk, tapi, susah sangat-sangat!. Sedih bila fikir yang nak ubah diri sendiri pun tak boleh, macam mana la aku nak berjaya dalam pelajaran.Aku selalu fikir bestnye-laa dapat jadi budak pandai. SEnang je nak terima pelajaran. Aku?,, hurmm. ntah, macam mane tah nak ambik medic kalau macam gini jadinye. Kadang-kadang aku cemburu tengok kawan-kawan aku yang pandai, selalu terfikir kenapalah aku tak jadi macam diorang. Kadang-kadang aku benci jadi diri aku sendiri, kenapalah otak aku ni tak nak berfikir dengan lebih jauh lagi. Kenapalah asyik tak consistent je bila benda yang membabitkan pelajaran ni. Kadang-kadang aku rasa macam seriously fed-up!. Tapi, bila fikir masa depan, aku gagahkan jugak diri aku untuk belajar. Aku fikir parents aku, diri aku sendiri yang paling penting takkan aku nak biar diri aku macam ni.

Kadang-kadang jealous tengok orang kaya yang ada perniagaan sendiri, anak-anak diorang tak belajar ok-ok pun takpe sebab anak-anak dioranglah yang bakal inherit perniagaan diorang. Tapi, aku bersyukur dengan apa adanya aku sekarang. Aku sangat bersyukur walaupun kehidupan diri pun tak semewah mana, biasa-biasa sahaja. Tapi, aku masih mempunyai peluang untuk melanjutkan pelajaran. Pelajaran tu sangat penting untuk masa depan, aku akan cuba untuk buat yang terbaik dalam hidup aku. Aku pun boleh berjaya macam orang lain jugak. Tapi, ntah kenape kadang-kadang aku takut yang aku tak menjadi seorang yang berjaya, itu yang aku takut. Aku nak berjaya didunia dan diakhirat.Dan life sebagai seorang pelajar sangat lah mencabar, walaupun ada certain-certain part yang aku rasa macam aku tak boleh nak bawak, tapi aku akan cuba usahakan supaya aku boleh go on!. Sebab Allah Takkan uji hambanya kalau, hambanya tak mampu untuk menghadapinya. Ada hikmah disebaliknya.

Petang ni mendung, dan rasanya sehari ni mendung je. Macam diri aku jugak kot.


3 comments:

Yasmin Khairani said...

wah lamaanyaa nak tunggu update... :'(

see? masa kat matrik laa belajar banyk benda pasal kehidupan kan? masa ni laa masa paling kritikal. sue beruntung sebab still dapat matrik yang fast track. orang lain yang dapat 2 tahun tu? tak ke rugi masa kan?

sue, kalau mana ada Allah jadikan orang ni pandai, orang ni tak pandai. Semua orang sama, yang penting kita jangan berhenti berdoa supaya kehidupan kita lebih baik.

jangan fikir kekurangan dgn kelemahan diri kita sgt, nanti kita tak bersemangat. k.min tahu sue boleh succeed kat matrik nanti. cuma perlu sabar sikit jea okay? score betul2 kat matrik nanti, i know it's not easy tapi nothing is impossible kan? =D

btw, good luck for ur matrik k? tu je motif, nak cakap good luck sebenarnya. panjang nak mampos comment. -.-' terbuat macam entri blog sendir pulak. kah kah kah. kira halal laa yea komen yang makan bayak ruang ni...? :p

NUR FARHAH said...

hey min,mu kuang asam jawa ea..aq 2 years...
btw,ape2 pn yg kite dpt sume nye ade hikmah tau..janganlah sedih,kite ni beruntung tau dpt lalui semua kesusahan n challenge yg ade,nt in future takdelah kite nak dpend pd org je.... :D

LoveLy day :) said...

Kak min : tq! kak min selalu inspiredkan su, tq! kak min masuk ukm nanti belajar elok2! hee

Kak farhah : tq!, iyep betul!, hehe, i'll do my best!