Assalamualaikum, sebagai pembuka bicara saya pada malam yang indah dan permai lagi sejuk ini.
Pertama-tamanya, saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada rakan-rakan yang sudi melihat blog saya yang tak pernah diupdate sejak 1 bulan yang lepas. Mungkin tidak ada orang yang melawat, anggap ajalah ade orang yang melawat. Wee-hoo.
Korang, kite dah habis PSPM 1 iaitu pada hari ini, dan rasa sangat relief yang sangat-sangat, dan sekarang just menunggu keputusan. Tak tahu keputusan macam mana, walau apa-pun kite redha dengan apa yang dapat nanti. Mungkin kite tak boleh nak expect untuk dapat tinggi kot, entah. Tapi, itu semua bergantung kepada rezeki. InsyaAllah, kalau dapat tinggi, Alhamdulillah sangat-sangat. Kite pun just nak ikut flow je, lepas matrik nanti dapat ambik kos apa just berusaha, berdoa dan bertawakkal sahaja.
Just nak mintak discuss tentang topik "kahwin masa belajar ni ok ke tak?". Memang benda ni merupaka sesuatu benda yang kita tak boleh nak tetapkan dengan sebetul-betul. It's depends on people, mungkin dah ada orang yang mencuba dan berjaya in their marriage. But, kite kena tahu ups and down nye dalam hal ini. Bila kita relate dengan marriage kita kena ambik dari pelbagai aspek, aspek agamanya, kewangan dan segala aspek yang perlu. Sebab perkahwinan bukan benda yang boleh dibuat main-main. What if kalau you kawan masa belajar then something affect your studies dengan hal rumah tangga, bukan ke benda tu boleh affect diri kita. Memang dalam perkahwinan ni memerlukan kejujuran dan kesetiaan, tapi kalau sebelah pihak tak berapa nak percaya sebelah pihak lagi, semua ni boleh mengundang perpecahan sebab pasangan berada dalam jarak yang sangat jauh.
Nak-nak kalau kita berkahwin dengan pasangan kita yang memang jugak tengah belajar, lepas tu berada di universiti yang jauh-jauh, tidak ke nanti susah sebab jarak yang jauh-jauh. Sebelum kahwin kita bolehlah cakap tak apa berjauhan tapi bila dah kahwin nanti perasaan tu berlainan kan?. Entah lah kite pun tak pernah rasa. Tapi memang lah isu ini merupakan isu yang sangat susah untuk diberikan kata putus sebab setiap orang nak beri hujah macam-macam yang kadang-kadang terlampau nak menyokong sebab alasan yang sangat tipikal "ikut sunnah nabi" . Bila hal macam ni tahu pulak kan nak ikut sunnah nabi, tapi dalam kehidupan kita, kita pernah tak ikut praktikkan segalanya mengikut sunnah nabi dalam kehidupan kita, ikut apa yang Rasulullah S.A.W ujarkan kepada umatnya?. Saya pun tak reti nak cakap lebih sebab ukuran ketinggian agama saya tidaklah setinggi mana, saya takut nanti bercanggah sebab bila perkara yang membabitkan hal-hal agama kita tak boleh buat main.
Kalau kita kahwin masa belajar pun cukup tak keperluan yang kita nak bagi pada pasangan kita?. Memanglah orang kata yang harta duniawi bukan semata-mata, tapi, nanti lama-lama esok kelamaan pasangan kita pun akan timbulkan jugak hal-hal macam ni. Kita tak nak semua benda ni berlaku. Kita kena ambik langkah yang safe. Kahwin tu bagus, tapi, apa persediaan kita yang sebenarnya untuk memulakan alam rumahtanggan tu?. bukan sekadar nak memenuhi tuntutan nafsu sahaja, tapi kena balance dari semua arah kehidupan. Sebab cuba kita kaji kadar penceraian dalam golongan mereka yang kahwin awal ni, banyak aspek yang boleh membawa penceraian ni, tapi mungkin salah satu aspeknya adalah berkaitan dengan kewangan. See, kewangan pada masa sekarang ni sangat penting. Mungkin nanti adalah kot yang bagi pendapat buat apa nak risau kita bagijelah isteri kita 50 sebulan sebagai nafkah kan dia dah ada biasiswa ke pinjaman, boleh jimat duit. Tolonglah jangan berfikiran macam itu, kita kena ambil berat hal kebajikan pasangan kita sebab perkahwinan ni sebenarnya berat tanggungjawab dia, nak-nak suami. Suami kena pandai bimbing isteri. Bila nak bimbing isteri kena ada ilmu yang tinggi kan?.
Jadi, sebenarnya isu ini merupakan isu yang sungguh besar kot. Berbeza pada mereka yang belajar di luar negara tu. Untuk berkahwin masa belajar tak apa sebab faktor-faktor tertentu, lagipun berada di perantaun kita tak tahu macam mana, lagipun jauh dari keluarga. Tapi, mereka yang berada di dalam negara ni, boleh. tak salah, asalkan kita kena bijak, balancekan dengan pelajaran dan kehidupan kita. :)
Wah, sejak bile pandai cakap pasal kahwin ni?. Pelik. :P