Friday, August 26, 2011

selamat!

Assalamualaikum,,

Disebabkan hari ini adalah hari last untuk online sebelum balik ke kampung untuk jangkamasa yang agak lah lama sampai habis cuti. So, decided untuk tulis entry baru. Eceh, konon jer kan dalam entry yang sebelum ni cakap nak update blog tiap-tiap hari. Biaselah tu, namenye pun Suraiya, memang macam tu la. Mungkin sebab update blog tak dijadikan sebagai habit jadinye takde kesan ape-ape pun lah kalau tak update blog. Takde rase macam tak senang duduk ke , tak lengkap hari ke sebab tak update blog. Eh, takde-takde. Dan harini dapatlah berbuka puasa dengan classmate dulu walaupun cuma lima orang je. Memang macam-macam cakap walaupun orang yang kite jumpa tu pun ade jugak yang satu kolej same. Tapi, memang diorang cakap sampai orang lain dah bukak puasa pun masih jugak cakap. Biaselah orang pompuan bila dah jumpa ramai-ramai memang tak reti kan nak berhenti.

Memang banyak benda kot yang diorang cerita tadi, dahlah tak reti nak potong-potong so just dengar je dan menyampuk kalau agak-agak benda yang dorang cakap tu boleh difahami. Bila nak balik tu, seronok sungguh drive kete sampai tengah jalan baru perasan yang lampu tak on. Memang rase macam malu habis kot. Patut la ade satu kereta tu main masuk je simpang rupa-rupanya tak pasang lampu. Haish, careless sungguh. Dah la bawak kereta tu gaye macam orang dah ade lesen yang bapak giler lama. huhu.Last-last tak pasang lampu rupenye, nasib baik terperasan tengah-tengah jalan. Ntah, macam habit kot sebab biasenye drive kete siang-siang je, so macam tak payah lah nak kisah pasal nak kene pasang lampu ke tak. Redah je lah. Takpe-takpe pengajaran supaya jangan syok sendiri sangat bila nak drive kete time waktu malam. Yelah, tadi dengan nak kejar waktu maghrib nyelah dengan nak anta kawan balik manelah nak ingat kan.

Alamak, cuti nak abes, tapi tutorial-tutorial semua tak berapa nak complete terutamanya tuto physics. Dah la tak berapa nak faham chapter 8 tu, memang rase macam nak menangis kot, walhal dah menangis dah pun sebab tak boleh nak jawab soalan tuto tu, semuanya sebab tak paham. Sampai parents pun cakap suruh faham slow-slow jangan rush sangat. Kite ni dok risau kerja tak siap dengan chapter tu yang tak faham dah la tak lama lagi nak PSPM I, takut lerr. Dengan biology pun tak berapa nak sentuh lagi. Sedih kot rase sebab tak faham apa yang kita belajar. Aaaaaaa. Tension.

Ok lah, Nak study bio, Sebelum tu, nak ucap:

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI, MAAF JIKA SAYA PERNAH TERBUAT SALAH, 
CHILL! :)

jangan main mercun!, main meriam takpe!, kah kah kah

Saturday, August 20, 2011

menulis.

Assalamualaikum,

First off all memang nak cakap yang dah lama dah tak meng-update blog. Sebab memang takde masa untuk update blog. So, masa cuti 2 minggu ni akan digunakan untutk update blog. Eh, silap seminggu ni je kot sebab next week dah raya so memang tak boleh nak online-kan diri. Rasa macam heaven boleh dapat balik rumah walaupun just 2 minggu yang rasanya memang sangat cepat dan rasanya 2 minggu ni merupakan suatu waktu yang terlampau singkat pada masa ni. Dan tahun ini macam-macam benda yang dapat belajar. Macam mana life bila terpaksa hidup sendiri tanpa family, dan tahun ni la first time puasa bukan dekat Muadzam. Dan tahun ni jugaklah mencuba menukar diri untuk jadi seorang yang lebih matang. Sungguh, bila dah makin besar ni, macam-macam benda boleh belajar untuk ubah diri jadi orang yang lebih baik. Tahun ni jugaklah aku dapat merasa terawih ramai-ramai dekat masjid, sebab sebelum ni just terawih dekat rumah je dengan family. Serious first time pegi terawih masa kt matrik, solat witir 3 rakaat, sungguh sebelum ni mane aku buat, lepas terawih je, blah masuk bilik buat keje skolah. Pastu tahu witir qunut, sebelum ni mane pernah tahu yang witir qunut ni ade. Nampak diri tak nak ambik tahu.

Aku rase menyesal, malu kot. Ingat selama ni aku tahu banyak pasal agama ni, rupanya tidak. Salah diri sendiri. 100% salah diri sendiri. Memang sungguh la orang kate yang nak ubah perangai dengan diri tu susah. Sungguh susah, sebab semuanya memerlukan kesabaran yang tinggi. Aku selalu terfikir nak ubah perangai diri supaya jadi lebih baik. Nak buang semua perangai yang buruk-buruk, tapi, susah sangat-sangat!. Sedih bila fikir yang nak ubah diri sendiri pun tak boleh, macam mana la aku nak berjaya dalam pelajaran.Aku selalu fikir bestnye-laa dapat jadi budak pandai. SEnang je nak terima pelajaran. Aku?,, hurmm. ntah, macam mane tah nak ambik medic kalau macam gini jadinye. Kadang-kadang aku cemburu tengok kawan-kawan aku yang pandai, selalu terfikir kenapalah aku tak jadi macam diorang. Kadang-kadang aku benci jadi diri aku sendiri, kenapalah otak aku ni tak nak berfikir dengan lebih jauh lagi. Kenapalah asyik tak consistent je bila benda yang membabitkan pelajaran ni. Kadang-kadang aku rasa macam seriously fed-up!. Tapi, bila fikir masa depan, aku gagahkan jugak diri aku untuk belajar. Aku fikir parents aku, diri aku sendiri yang paling penting takkan aku nak biar diri aku macam ni.

Kadang-kadang jealous tengok orang kaya yang ada perniagaan sendiri, anak-anak diorang tak belajar ok-ok pun takpe sebab anak-anak dioranglah yang bakal inherit perniagaan diorang. Tapi, aku bersyukur dengan apa adanya aku sekarang. Aku sangat bersyukur walaupun kehidupan diri pun tak semewah mana, biasa-biasa sahaja. Tapi, aku masih mempunyai peluang untuk melanjutkan pelajaran. Pelajaran tu sangat penting untuk masa depan, aku akan cuba untuk buat yang terbaik dalam hidup aku. Aku pun boleh berjaya macam orang lain jugak. Tapi, ntah kenape kadang-kadang aku takut yang aku tak menjadi seorang yang berjaya, itu yang aku takut. Aku nak berjaya didunia dan diakhirat.Dan life sebagai seorang pelajar sangat lah mencabar, walaupun ada certain-certain part yang aku rasa macam aku tak boleh nak bawak, tapi aku akan cuba usahakan supaya aku boleh go on!. Sebab Allah Takkan uji hambanya kalau, hambanya tak mampu untuk menghadapinya. Ada hikmah disebaliknya.

Petang ni mendung, dan rasanya sehari ni mendung je. Macam diri aku jugak kot.