Saturday, December 31, 2011

happy new year peeps!, (almost)

Assalamualaikum and a very good morning of 00.46 on saturday 31st december 2011.

Happy new year guys!, walaupun tak lagi pukul 00.00 on 1st January 2012. Memang rasa masa berlalu sangat cepat. Alaa. next year dah 19 years old. Tahun last untuk ada belas-belas dekat umur. Tapi, sekarang ni yang paling penting kepala rasa memang tengah berpusing-pusing. Nak kate mengantuk tak pulak. Mane taknye dah doskan diri dengan se-tin Nescafe ais, terus hilang mengantuk. Semuanya gara-gara nak siapkan kerja untuk pogram khidmat masyrakat yang praktikum kitorang kene handle di bawah JAPPIM. Alhamdulillah, semuanya selesai just tinggal untuk persiapan tempat sahaja in which kitorang akan buat pada hari esok. Masuk semester 2 memang awal-awal ni rasa sangat sibuk dengan assignment nya, dinamika nya dan macam-macam lagi. InsyaAllah bila dah nak akhir-akhir semester nanti mungkin dah rasa ringan sikit. Tak lama lagi nak Ujian Pertengahan Semester 2 pulak. Sekejap sangat masa berlalu. Tinggal berapa minggu sahaja lagi, dan preparation tak start lagi. Dan kitorang semua tak boleh nak balik bermalam, sedih sangat. Memang duduk dalam kolej sajalah lepas ni. sabar je lah.

Inilah keburukan institusi-institusi pengajian yang ada asrama penuh, menjauhkan anak-anak dari keluarga. Serious, walaupun baru je balik minggu lepas tapi, sekarang ni dah rindu nak balik rumah. Seronoknye dapat jumpa parents balik. Aa, nak jumpa si budak bulu, Hoy yang berwarna kelabu, rindunya kat kucing tu. Kucing yang digunakan untuk lepas geram sebab budak bulu tu sangat comels. Haha. Entahlah kenapa rasa macam nak tengok drama korea la pulak, takpe2, sabar lepas matrik marathon tengok cerita korea. Nampak niat dah tak elok. huhu. Bila hitung-hitung, semester 2 dah tak lama je nak habis. Semoga dapat habiskan program matrikulasi yang penuh cabaran ini dengan jayanya, InsyaAllah.

Memandang nak tahun baru, memang banyak benda yang kita kena hijarahkan diri kita. Walaupun sepatutnya kita dah buat masa maal hijrah tu dulu. sepatutnya. Apa-apa pun semoga kita semua menjadi lebih baik daripada dulu. Cuba tetapkan azam baru, bagi yang azam tahun ni ada yang tak dapat nak tunaikan cuba tunaikan pada tahun depan pulak ya. Hurmm, azam untuk dapat 4 flat pada tahun ni dah tak lepas, tapi apa-apa pun akan cuba yang terbaik, cuba untuk dapatkan 4 flat pada sem 2 ni, InsyaAllah, akan cuba yang terbaik, akan cuba untuk dapat result yang the best, nanti dapat apply untuk biasiswa, InsyaAllah. Apa-apapun bergantung kepada rezeki, Allah dah tetapkan yang terbaik buat diri kita, itu yang paling penting.

Memanglah bila rasa-rasa dan fikir-fikir, banyak persoalan yang ada dekat minda ni, kadang-kadang tertanya kenapalah dapat matrik dekat Johor ni, dengan peraturan yang rasa macam sekolah, tak boleh balik rumahnya dan memang ramai students kat sini yang merungut kot sebab memang bulan January kitorang tak boleh balik kecuali pada cuti mid-sem yang tarikhnya pada hujung bulan Januari, serious tak sanggup rasa nak duduk. Tapi bila fikir2 balik, semua ni ada hikmah disebaliknya. Memang susah kita nak terima benda yang bukan kita nak, tapi, bila kita start to accept InsyaAllah semuanya akan dipermudahkan. Walaupun sekarang ni rasa macam nak letupkan je kmj tapi, fikir-fikir balik, adalah kemanisan disebaliknya yang akan kita dapat nanti, mungkin cepat dan lambat je. Jadi, yang paling penting sekarang, kita kena think positive, memang sedih, tak dapat jumpa parents dengan adik-beradik kita, sedih, dan sedih sangat. Tapi tak pe, it's okay, biar kita sedih sekarang jangan sedih nanti. Sabar suraiya.

Rasa macam dah banyak melalut je, masa untuk tidur, esok ada rehearseal, kene bangun awal!. Night people!